08 Ogos, 2015

10 Langkah Asas Cara Buat Blog Sendiri


Bagaimana cara nak buat blog sendiri

Selamat datang ke blog Atas Talian yang dikhususkan buat para pelawat yang berhasrat untuk membuat blog sendiri ataupun mereka yang ingin mendapatkan informasi tambahan mengenai blogging baik dari sudut SEO, jana pendapatan online ataupun untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan atau ilmu masing-masing.

Untuk catatan ini, saya huraikan langkah-langkah asas bagaimana caranya untuk membina blog anda dengan harapan ianya jelas dan mudah difahami. Jika kurang faham, anda dipersilakan meninggalkan komen atau pertanyaan anda di ruangan komen yang disediakan dibawah dan akan saya kembali bersama informasi yang berkaitan.

Anda juga boleh follow saya di Facebook, Twitter dan juga Google+ untuk menerima catatan baru yang mungkin boleh memberikan manfaat kepada anda.


Bagaimana Cara Membuat Blog Sendiri

Pertama sekali, ingin saya tekankan disini bahawa ini adalah langkah yang paling asas untuk mencipta blog sendiri di platform Blogger.com.

1- Sebagai permulaan, anda haruslah mempunyai akaun Google. Anda boleh menggunakan akaun lain seperti Microsoft ataupun Yahoo tetapi dengan memiliki akaun Google sendiri, anda akan dapat menikmati pelbagai servis Google yang semestinya terbaik. Kenapa terbaik? Itu kita akan bincangkan setelah anda biasa dengan blog dan selesa dengan selok-belok asasnya. Klik di sini untuk mendaftarkan akaun Google anda.

2- Pastikan anda mengisi butir-butir mengenai diri anda dengan betul (dan jujur) kedalam semua ruangan pendaftaran Google tadi. Kenapa harus jujur? Anda tahu kan bahawa dengan berblogging, anda berpeluang menjana pendapatan secara online? Jadi butir-butir tepat dan betul adalah penting, perkara ini akan juga kita sentuh di catatan yang lain.

Lihat video dibawah ini untuk langkah seterusnya.


3- Setelah selesai mendaftarkan akaun anda di Google, anda pergi ke www.blogger.com.

4- Klik "New Blog"

5- Masukkan tajuk blog anda di ruangan "Title". Tajuk ini boleh anda gubah dimasa depan mengikut kepada topik blog anda tadi.

6- Taip alamat blog anda di ruangan "Address". Bahagian ini anda perlu buat keputusan yang pasti apakah nama alamat blog yang anda inginkan. Sebagai contoh, www.iniblogsaya.blogspot.com atau sebagainya. Tetapi harus di-ingat bahawa ini anda hanya boleh buat sekali sahaja jadi biarlah keputusan tu muktamad tanpa akan ada rasa menyesal dikemudian hari kelak.

7- Di ruangan "Template" anda harus pilih salah satu daripada beberapa pilihan yang ada tetapi saya sarankan anda pilih template Simple sahaja buat permulaan kerana ianya adalah yang paling senang digubah dan bila sudah biasa dengan ciri-ciri Blogspot, barulah kita sentuh mengenai pengubahsuaian rupa blog kita.

8- Klik "Create Blog"

9- Klik "Settings" kemudian "Language and formatting" untuk mengubah bahasa blog anda kepada Bahasa Melayu untuk dipaparkan kepada pembaca anda nanti. Harus di-ingat, paparan pemuka blogger anda akan kekal didalam Bahasa Inggeris, cuma pembaca yang akan melihat kesemua catatan anda dan segala menu-menunya di dalam Bahasa Melayu. Langkah ini mungkin tidak penting jika anda ingin menulis di dalam Bahasa Inggeris.

10- Klik "New post" - ini akan membawakan anda kepada ruangan baru dimana di sinilah penulisan anda akan berlaku. Anda boleh cuba usik-usik ciri-ciri yang terdapat di situ. Dibawah saya terangkan fungsi setiap butang atau ikon tersebut mengikut turutan.

 Compose  = Ruangan menulis anda

 HTML  = Ini ruang untuk anda menggubah kod-kod HTML, abaikan dulu yang ini. Akan kita sentuh di catatan lain mengenai kod HTML dan Javascript bila anda sudah 'bersedia'.

 Anak panah kebelakang  = Untuk membatalkan apa saja ubahsuai yang telah anda buat sebanyak 1 langkah per klik. Boleh juga dibuat dengan menekan di papan kekunci Control+Z.

 Anak panah kedepan  = Untuk kembali semula ke ubahsuai yang sebelumnya jika anda terlebih klik Control+Z.

 Huruf F  = Untuk memilih jenis dan gaya huruf yang anda inginkan di catatan anda.

 Huruf T  = Untuk memilih saiz huruf, perkataan atau keseluruhan ayat anda.

 Kotak berisi "Normal"  = Untuk memilih satu-satu baris ayat sebagai tajuk ke-2, ke-3 dan seterusnya. Anda boleh lihat contoh diatas saya tulis "Bagaimana Cara Membuat Blog Sendiri" dimana saya telah memilih "Heading" daripada menu didalam kotak "Normal".

 Huruf B  = Untuk menggubah huruf, perkataan atau keseluruhan ayat anda supaya lebih 'gemuk' contohnya- kurus gemuk. :)

 Huruf I  = Menggubah huruf, perkataan atau keseluruhan ayat anda menjadi Italic atau senget kedepan.

 Huruf U  = Untuk meletakkan garisan dibawah huruf, perkataan atau keseluruhan ayat anda seperti ini.

 ABC  = Untuk meletakkan garisan ditengah-tengah huruf, perkataan atau keseluruhan ayat anda seolah-olah untuk menunjukkan bahawa anda memberitahu pembaca bahawa ayat atau butiran tersebut sudah tidak wujud atau relevan lagi. Sebagai contoh: Saya lapar - Saya sudah kenyang :)

 Huruf A  = Untuk menukar warna huruf, perkataan atau keseluruhan ayat anda.

 Simbol pen/marker  = Untuk menukar  warna latar belakang  setiap huruf, perkataan atau keseluruhan ayat anda.

 Link  = Untuk meletakkan pautan di ayat anda untuk mengarahkan pembaca untuk pergi ke laman atau mukasurat lain seperti jika anda klik disini , anda akan dibawa kepada mukasurat tentang saya.

 Ikon Gambar  = Untuk memasukkan gambar ke dalam blog anda.

 Ikon Video  = Untuk memasukkan video ke dalam blog anda.

 Ikon Kertas Koyak  = Untuk memasukkan 'Jump Break' atau pembahagi kepada penulisan anda.

 Ikon Garisan Mendatar  = Untuk mengubah gaya penulisan anda samada ianya dari kanan, tengah atau kiri.

 Ikon Nombor  = Untuk menyenaraikan penulisan anda menggunakan nombor.

 Ikon Titik  = Untuk menyenaraikan penulisan anda menggunakan titik.

 Ikon Quote  = Digunakan bila anda hendak mengulang kembali penulisan orang lain.

 Huruf T  = Untuk membatalkan segala format yang telah anda buat sebagai contoh jika anda ada mengubah warna, memasukkan pautan, menukar saiz untuk satu-satu butiran tersebut, boleh klik ikon ini untuk mengembalikannya kepada format asal.

 Ikon ABC  = Check Spelling digunakan bila anda menggunakan Bahasa Inggeris dan tidak pasti dengan ketepatan ejaan anda.

    Post Settings (sebelah kanan)

    - Labels = Untuk mengkategorikan catatan anda, seperti untuk catatan yang sedang anda baca ini saya letak dibawah kategori atau label - asas , tips blogging.

    - Schedule = Jika anda sudah siap menulis tetapi tidak mahu menerbitkannya terlebih dahulu. Sesuai jika anda banyak menulis dan mahu menerbitkannya secara berperingkat.

    - Permalink = Disini anda boleh mengubah struktur URL anda. Sebagai contoh, jika anda lihat di 'address bar' bagi catatan ini adalah (http://www.atastalian.com/2015/08/buat-blog.html). Jika anda tidak mengubah Permalink ini, ia akan menjadi panjang kerana ia akan menggunakan Post Title atau tajuk catatan anda.

    - Location = Anda boleh menetapkan lokasi dimana penulisan anda ini dibuat. Berguna untuk tujuan GeoTargetting dan SEO.

    - Search Description = Di sini anda boleh menulis ayat (155 patah perkataan paling afdal) untuk ditunjukkan kepada pembaca sebagai rumusan mengenai topik penulisan apabila catatan anda muncul setelah pembaca mencari sesuatu topik di Google Search atau carian Google.

    - Options = Di sini anda ada beberapa pilihan seperti di bawah
      Reader comments = Sama ada anda ingin membenarkan pembaca meninggalkan komen atau tidak.

      Backlinks = Sama ada anda ingin membenarkan para pelawat meninggalkan pautan mereka sendiri atau tidak bila meninggalkan komen didalam catatan anda.
        Compose Mode = Digunakan bila anda menulis di ruangan HTML
          Line Breaks = Digunakan bila anda menulis di ruangan HTML


          Baca juga:
          > Cara membuat video responsif
          > Cara memaparkan Facebook Page
          > Cara menukar Favicon
          > Pentingnya Template responsif

            Rumusan

            Dengan apa yang saya telah huraikan di atas, diharap anda sudah faham dan sudah boleh mula membina blogspot atau blog anda sendiri. Ini baru permulaannya, masih jauh perjalanan kita dan ianya pasti menarik kerana ada banyak lagi yang kita akan sentuh di catatan akan datang.

            Kongsikan artikel ini di laman Facebook, Twitter atau Google+ anda untuk manfaat pembaca lain yang berhasrat mahu membina blog sendiri.

            Jangan lupa follow saya di media sosial supaya mendapat notifikasi bila ada penulisan baru dan juga penyambungan langkah-langkah membuat blog. Terima Kasih.



            Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.