10 Ogos, 2015

Cara Membuat Sitemap Untuk Blog


Cara membuat Sitemap untuk blogspot blogger.
Sitemap adalah salah satu ciri penting yang patut ada di dalam blog anda. Ianya adalah satu page/mukasurat dimana para pengunjung anda boleh melihat senarai kesemua catatan-catatan yang telah diterbitkan di blog anda.

Sebagai pengguna platform Blogger, ianya juga salah satu daripada kehendak daripada Google supaya lebih senang untuk Googlebot (Robot Google) meng-indeks kandungan blog anda. Tetapi sebelum itu, anda haruslah terlebih dahulu mengaktifkan Robots.txt ke dalam dashboard blog anda dan sudah mengemukakannya ke Google Webmaster Tools.

Kebaikan daripada kedua-dua perkara diatas (Sitemap & Robots.txt) adalah untuk mempercepatkan catatan baru anda disenaraikan didalam database Google.

Catatan kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara untuk membuat Sitemap versi HTML serupa dengan gambar yang anda lihat di atas. Ada banyak jenis HTML Sitemap yang dibuat oleh para blogger diluar sana tetapi saya memilih yang ini kerana keringkasan paparannya dan juga ia disusun berpandukan tag atau label menjadikan ia tampak kemas.

Sila klik di sini untuk melihat contoh Sitemap untuk blog Atas Talian ini.


Panduan Membuat HTML Sitemap Untuk Blogger Blogspot

Dibawah adalah susunan langkah yang perlu anda ikut untuk membuat Sitemap anda sendiri:-

1- Klik 'Pages'
2- Pilih 'New Page'
3- Pada ruang Page anda boleh pilih tajuk untuk page ini, disyorkan seringkas Sitemap
4- Klik 'HTML' 
5- Copy & Paste kod yang telah saya sediakan dibawah:

<style type="text/css">
#toc{
width:99%;
margin:5px auto;
border:1px solid #3b5998;
-webkit-box-shadow:4px 4px 8px 2px rgba(0,0,0, 0.2);
-moz-box-shadow:4px 4px 8px 2px rgba(0,0,0, 0.2);
box-shadow:4px 4px 8px 2px rgba(0,0,0, 0.2);
}
.labl{
color:#FF5F00;
font-weight:bold;
margin:0 -5px;
padding:1px 0 2px 11px;
background:-moz-linear-gradient(right,#C2EAFE 0%,#055A85 40%);
background:-webkit-gradient(linear,left 10,right 80,color-stop(0.20,#055A85),color-stop(1,#C2EAFE));
border:1px solid #2D96DF;
border-radius:4px;-moz-border-radius:4px;
-webkit-border-radius:4px;box-shadow:3px 3px 1px #bbb;
-moz-box-shadow:3px 3px 1px #bbb;-webkit-box-shadow:3px 3px 1px #bbb;display:block;
}
.labl a{
color:#fff;
}
.labl:first-letter{t
ext-transform:uppercase;
}
.new{
color:#FF5F00;
font-weight:bold;
font-style:italic;
}
.postname{
font-weight:normal;
background:-moz-linear-gradient(right,#C2EAFE 0%,#fff 40%);
background:-webkit-gradient(linear,left 80,right 10,color-stop(0.60,#fff),color-stop(1,#C2EAFE));
}
.postname li{
border-bottom: #ddd 1px dotted;
margin-right:5px
}
</style>
<div id="toc">
<script src="https://googledrive.com/host/0ByNodV_m9cVLR0pmWFgwZ1NmdW8/" type="text/javascript"></script>
<script src="http://www.atastalian.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc">
</script></div>

6- Gantikan URL yang diwarnakan dengan warna biru tersebut dengan URL blog anda
7- Klik 'Publish' dan Sitemap anda telah pun siap.

HTML Sitemap ini secara automatik akan mengemaskinikan senarainya setiap kali anda ada membuat catatan terbaru disertakan dengan label 'New' dihujungnya. Kalau dulu saya buat satu persatu Sitemap ni, meletihkan dan boleh saja terlupa.

Lokasi terbaik untuk meletakkan Sitemap ini pula bergantung kepada jenis Template anda. Tetapi sebaiknya diletakkan sebaris atau berdekatan dengan pautan Policy, Contact, About kerana disarankan untuk memaparkan kesemua pautan ini bagi setiap page blog berpandukan kemahuan Encik Google itu sendiri.

Baca Juga: Cara mengaktifkan Robots.txt dan langkah untuk submit Sitemap ke Google Webmaster Tools