31 Ogos, 2015

Cara Meletakkan Butang YouTube Subcribe Ke Dalam Blogger


Cara menambah bilangan penonton di YouTube.

Bagi pemilik akaun YouTube, tentu sekali seronok bila kita mempunyai bilangan subscriber yang ramai. Disamping boleh meluaskan capaian produk video anda tadi, ia juga adalah salah satu sumber pendapatan secara online.

Didalam posting saya yang lepas, saya ada menunjukkan cara untuk membuat video YouTube atau Vimeo yang di-embed kedalam blog kita supaya menjadi responsif, tetapi tidak ada butang untuk pilihan sama ada pembaca ingin mengikuti atau subscribe kepada channel YouTube kita itu tadi.

Ini butang Subscribe kepada channel YouTube blog Atas Talian ini, kesian dia berapa ketul je subscriber:



Cara nak meletakkannya ke dalam blog anda mudah saja:
>> Pergi ke laman Google Developers
>> Dalam ruang Channel Name or ID, copy paste ID channel YouTube anda seperti yang saya tandakan dengan warna hijau didalam gambar dibawah-

Cara menambah penonton channel YouTube
>> Untuk Layout, Theme dan Subscriber Count itu terpulang kepada citarasa anda
>> Langkah terakhir ialah copy paste kod yang telah tersedia didalam kotak Code kemudian letaklah dimana saja bahagian blog yang anda mahu.
>> Untuk kod Javascript (apis.google.com) yang termasuk didalam kod tadi, kalau anda sudah menggunakan Template Blog yang responsif, boleh tinggalkan kod itu, cuma copy paste kod didalam <div class= sahaja.

Nah, sudah pun selesai, jika ada masalah dengan langkah-langkah ini, sila tinggalkan komen anda supaya saya boleh bantu.

Baca juga - Cara meletakkan widget Instagram kedalam blog.

Sebelum anda memulakan misi meletakkan butang Subscribe YouTube ini kedalam blog anda, apa kata kita layan video lawak ni dulu, buat hilang stress. Jangan lupa subscribe ke Channel Atas Talian juga ya!

Selamat berblogging!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.