09 Ogos, 2015

Cara Memaparkan Facebook Page Di Blog Anda


Cara pasang Facebook Page ke blog.

Panduan kali ini akan menunjukkan kepada anda cara-cara meletakkan Facebook Page ke blog anda di bahagian sisi. Ianya boleh diletakkan dimana-mana bahagian lain blog dan itu terpulang kepada selera masing-masing.

Sebelum bermula, ingin saya ceritakan serba sedikit kelebihan mempunyai Facebook Page untuk blog anda sendiri dan juga beberapa perkara lain yang berkenaan.

Jika anda sudah memiliki akaun peribadi Facebook(FB) tetapi belum mempunyai FB Page sendiri dan ingin membuat blog, jadi kedua-dua platform ini adalah pasangan kekasih yang patut anda percepatkan perkahwinannya :)

Saya sendiri mempunyai beberapa FB Page sendiri sebagai contohnya:-



Ini adalah FB Page kepada blog Skateboarding yang saya usahakan di www.skateboardpla.net (antarabangsa) & www.htsvmag.blogspot.com (tempatan) , skateboard adalah sukan dan hobi yang saya minat dari kecil jadi harus saya memiliki dan mengendali Page topik ini.

Yang dibawah ini pula adalah FB Page Laugh Out Loud saya. Ianya adalah tempat dimana saya berkongsi bahan-bahan lawak tetapi belum ada blog untuk mewakili Page ini kerana saya masih menumpukan perhatian dengan blog Atas Talian ini.



Kedua-dua FB Page di atas adalah di antara beberapa Page yang saya miliki dan khas untuk blog Atas Talian ini pula anda boleh lihat di sisi sebelah kanan dan jelas sekali ianya masih baru dengan jumlah followers yang ciput. (Dipersilakan Like dan pilih 'Get Notifications' mana-mana Page yang berkenan di hati).

Kebaikan memiliki FB Page ialah dimana ianya akan digunakan untuk mewaliki blog-blog anda. Disarankan supaya mencipta FB Page kerana kita biasanya berkongsi pelbagai jenis perkara di Facebook lalu jika ada Page tersendiri, ianya khas mewakili topik blog kita dan para Fans atau Followers disitu jelas 'setuju' atau berminat dengan topik yang kita usulkan didalam blog. Senang cerita, asingkan perkara peribadi dengan perkara-perkara lain yang lebih professional melalui Facebook Page.

Teknik Tambahan: Anda boleh juga meletakkan Facebook Popup Like Box. Klik untuk baca


Cara Meletakkan Facebook Page Di Blog

1- Pertama sekali anda harus log-in ke dalam akaun peribadi Facebook anda kemudian buka 'tab' atau 'window' baru dan masukkan alamat ini- https://developers.facebook.com dan anda akan dibawakan kepada laman seperti gambar dibawah.

Cara letak FB Page di blog.

2- Klik 'Docs'

3- Klik 'Social Plugins'

4- Klik 'Page Plugin'

Setelah anda pilih 'Page Plugin', anda akan dipaparkan dengan laman seperti gambar di bawah.

Facebook Page untuk blog anda.
Seterusnya, bagi kotak-kotak yang perlu anda isi berikut adalah caranya:-

5- Kotak Facebook Page URL: taip URL FB Page anda kedalam kotak ini. Jika anda mempunyai kurang daripada 30 followers URL anda akan menyerupai begini https://www.facebook.com/pages/NAMA PAGE ANDA/709025665892665 manakala jika sudah melebihi 30 followers dan sudah menukar Facebook Page Web Address, URL Page anda akan menyerupai begini https://www.facebook.com/NAMA PAGE ANDA.

6- Kotak Width: Tentukan saiz kelebaran Page ini tadi berpandukan template blog anda dalam kiraan 'pixels' atau 'px'. Paling biasa dibuat ialah dalam 300px.

7- Kotak Height: Tentukan saiz ketinggian Page anda berpandukan selera dalam bentuk pixels juga.

8- Use Small Header: Pilihan samaada anda mahu Cover Photo tersebut dipaparkan kecil atau besar.

9- Adapt to plugin container width: Yang ini pula membolehkan page anda tadi akan berubah saiz kelebarannya mengikut kepada saiz 'container' atau lokasi anda meletakkan kod Page ini nanti. 

10- Hide Cover Photo: Pilihan samaada anda mahu menunjukkan Cover Photo atau tidak.

11- Show Friend's Faces: Tunjukkan wajah-wajah berseri para followers anda atau tidak.

12- Show Page Posts: Pilihan samaada anda mahu menunjukkan sekali post-post yang anda telah letak di FB Page tadi.

Setelah selesai memilih opsyen-opsyen yang ada tadi anda klik 'Get Code' dan akan disajikan dengan paparan seperti imej dibawah yang mengandungi 2 set kod.

kod untuk Facebook Page.

13- Untuk kod Javascript yang pertama anda perlu meletakkannya kedalam tag <body> template anda dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-
       > Klik 'Template'
       > Pilih 'Edit HTML'
       > Didalam kotak yang penuh dengan kod yang memeningkan kepala itu, anda taip (Control+F) dan
          satu kotak kecil 'Search' akan muncul di sebelah kanan.
       > Taip <body> kedalam kotak tersebut dan anda akan dibawa ke bahagian kod yang ditaip tadi
       > Copy Paste kod Javascript yang pertama tadi betul-betul dibawah tag <body> ini.
       > Klik 'Save template'

14- Untuk kod kedua pula anda perlu memilih dimana anda mahu meletakkan FB Page anda tadi. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-
        > Klik 'Layout' 
        > Seperti yang kita bincangkan tadi, kita ingin meletakkan FB Page di bahagian sisi blog jadi anda 
           pilih 'sidebar' klik 'Add a gadget'
        > Satu kotak popup akan muncul dimana anda harus pilih 'HTML/Javascript'
        > Di bahagian 'Title' anda boleh taip apa saja contohnya 'Sila La LIKE Kalau Tak Segan'
        > Di bahagian 'Content' pula anda harus Copy Paste kod kedua itu tadi kemudian klik 'Save'

Tadaaa!!
Dah pun selesai segala kerja buruh kasar kita tadi, selanjutnya ialah menge'test' samaada apa yang kita buat betul dan Facebook Page anda muncul di sisi blog anda. Cuma perlu klik 'View blog' dan lihat hasilnya.

Diharapkan tutorial ini dapat membantu anda tetapi jika FB Page tidak kunjung tiba di blog anda, sila tinggalkan komen anda dibawah dan saya cuba untuk membantu anda dengan lebih lanjut. 


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.