12 Ogos, 2015

Cara Menukar Favicon Blogger


Malaysia top blog.
Favicon untuk blogger blogspot.

Favicon adalah ikon kecil yang terdapat bersebelahan dengan tajuk blog. Ikon ini memberikan identiti dan penjenamaan kepada blog seseorang. Jika anda lihat tab ke-2 daripada 3 tab dari gambar kecil di atas, itu adalah favicon asal bagi pengguna Blogger.com ataupun lebih biasa dipanggil Blogspot.

Ikon ini anda boleh ubah mengikut kepada selera peribadi. Sama ada anda download ataupun reka sendiri menggunakan software tertentu, terpulang tetapi lebih 'personalized' jika direka sendiri.

Kalau anda tidak ada pengetahuan mereka sendiri ikon ini, anda boleh lawat Icon Archive untuk melihat jenis-jenis dan rekabentuk ikon yang boleh anda muat turun. Tetapi harus di-ingatkan terlebih dahulu bahawa kita dilarang sama sekali untuk menggunakan ikon/gambar/video atau apa-apa saja material yang telah ditetapkan hak ciptanya.

Sebelum kita mulakan dengan cara menukar favicon ini tadi, anda boleh lawat laman Icon Archive dan pilih ikon yang bersesuaian dengan kehendak mata. Setelah memilih ikon yang berkenan, klik pada ikon tersebut dan beberapa jenis saiz akan dipaparkan.

Anda harus memilih yang bersaiz 16 pixel kerana ini memang saiz favicon, jika anda memilih yang lebih besar, ianya mempunyai impak sedikit sebanyak dengan 'loading time' blog anda kerana server perlu bekerja lebih untuk merubah kepada saiz sebenar favicon iaitu 16x16.

Pastikan jenis lesen yang dipaparkan apabila anda telah memilih ikon kegemaran.

Contohnya:
> Linkware: (Backlink to http://www.BAGI KREDIT SIKIT.com required) - memerlukan anda untuk meletakkan juga kredit link kepada pemilik asal ikon di blog anda untuk mengelakkan tindakan DMCA.

> Freeware: Boleh digunakan sampai lebam tanpa perlu kredit link kepada sang pencipta.

Jadi anda pilihlah yang dilabelkan Freeware dan muat turun ke komputer anda dan ikut langkah berikut untuk menukar favicon blog anda.

> Klik 'Layout'

> Pada kotak bertulis Favicon klik 'Edit'

> Klik 'Choose File' dan cari dimana anda telah simpan ikon yang dimuat turun sebentar tadi

> Klik 'Save'

> Klik 'View blog'

> Pada ruangan address bar anda, tambahkan /favicon.ico pada penghujung URL kemudian tekan Enter.
Contoh http://www.perutlapar.com/favicon.ico

> Skrin kosong akan muncul dengan ikon Blogger, anda hanya perlu klik Refresh atau F5

Bila dah refresh, favicon anda akan berubah kepada ikon yang telah anda pilih daripada Icon Archive tadi. Senang kan? Selamat berblogging!

Baca juga:
> Facebook Like Box Popup
> Membuat video responsif
> Cara membuat Sitemap


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.