30 Ogos, 2015

Ayam McNuggets Tidak Disembelih?


Ayam McDonalds tidak halal.

Satu video yang dirakam oleh penyiasat hak asasi haiwan telah tersebar di Internet tentang bagaimana ayam-ayam ternakan didera oleh para pekerjanya sebelum dihantar untuk diproses dan dijual sebagai salah satu menu di restoran terkenal McDonalds.

Video dirakamkan secara rahsia di ladang ternakan T&S Farm, Dukedom, Tennessee oleh seorang penyiasat yang mewakili Mercy for Animals, satu badan kebajikan untuk haiwan dan telah bekerja di ladang yang berurusan dengan Tyson Foods.

Anda boleh melawat laman web Mercy For Animals untuk mengikuti dan menandatangi petisyen yang dibuat khas untuk kes penderaan ayam-ayam ini tadi.


Apa yang terdetik di minda kita sekarang? Sebagai negara yang majoritinya beragama Islam dan pentingnya cara penyediaan makanan terutama sekali prosidur penyembelihan yang betul sebelum sah dan diluluskan untuk dijual kepada para pengguna, harus juga kita ambil berat mengenai perihal sebegini.

Saya sendiri peminat menu McDonalds apalagi McNuggets, tetapi setelah melihat video ini, saya harap ayam-ayam dan nugget-nugget yang ada di Malaysia ini melalui proses penyembelihan yang betul.

Berkenaan video yang anda boleh lihat tadi, McDonalds di Tennessee telahpun membatalkan kontrak diantara Tyson Foods dengan pembekal di ladang Dukedom. Anda boleh baca kenyataan akhbarnya di sini.

Tarikh video ini dimuat naik ke YouTube ialah pada 26 Ogos 2015 bermakna ianya adalah pendedahan yang tersangat baru.

Sekarang kita hanya perlu mengikuti perkembangan pendedahan video ini dan apakah implikasinya terhadap rangkaian restoran McDonalds dan yang penting sekali buat kita rakyat Malaysia ialah restoran-restoran McD di Malaysia sedar akan pendedahan ini dan membuat sesuatu untuk membuktikan bahawa penderaan haiwan dan cara perolehan daging ayam seperti di ladang Dukedom tidak berlaku di Malaysia.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.