27 Ogos, 2015

Cara Menaikkan Ranking Blog Di Google Search Results


Search Engine Optimization ataupun dalam bahasa Melayunya Optimisasi Enjin Carian adalah dimana kita menstruktur butiran atau penulisan kita yang disertakan dengan ciri-ciri mesra Google Search - maksudnya catatan atau posting kita akan lebih mudah untuk muncul di kedudukan yang baik setiap kali pengguna menaip topik-topik tertentu ke dalam Google Search.

Pelbagai cara digunakan untuk menarik pelawat ke blog kita, contohnya melalui media sosial, trafik berbayar, trafik organik dan selanjutnya.
Untuk catatan kali ini, saya akan berkongsi mengenai perolehan pengunjung melalui trafik organik dan perkara-perkara asas mengenainya.

Statistik daripada Internet Live Stats ini menunjukkan bahawa sebanyak 100billion carian pelbagai topik yang dilakukan melalui Google Search. Apa yang kita boleh fahami disini ialah, setiap hari akan ada saja pengguna yang mencari informasi di Internet dan topik yang mereka cari adalah tidak mustahil berkaitan dengan tajuk atau topik blog kita.

Tetapi apa yang pasti, hampir kesemua jenis topik telahpun ditulis oleh orang lain jadi persoalannya- bagaimanakah caranya untuk memastikan catatan kita muncul sekurang-kurangnya di mukasurat pertama Google Search Results/Hasil Carian Google?

Sebelum itu, amatlah penting untuk catatan kita muncul di mukasurat pertama Hasil Carian Google kerana biasanya amat jarang kita/pengunjung akan klik ke mukasurat yang kedua atau seterusnya setelah menaip butiran tertentu ke dalam kotak Google Search.

Cuba anda lihat contoh paparan dibawah dan nilai sendiri pautan yang mana satu akan anda klik dan pergi ke laman web/blog mereka.

Hasil carian di muka pertama Google.

1) BLOG TITLE : Ini adalah ruang dimana anda akan biasanya menulis topik pertama anda.
-> Bagi optimisasi tajuk catatan, sebaiknya jumlah karakter dalam lingkungan 60-70 huruf. Anda cuba buat carian mengenai apa saja topik dan cuba lihat berapakah jumlah karakter yang dipaparkan dan jika ada lebih atau terlalu panjang ianya akan tersembunyi.
-> Amat penting bagi bahagian ini ditulis dengan sebaik mungkin. Maksud saya, cuba bayangkan apakah yang akan ditaip oleh pengguna Google Search apabila ingin mencari sesuatu informasi maka sebaiknya ayat itulah yang patut anda gunakan sebagai tajuk catatan anda. Anda juga boleh menggunakan sebaiknya data milik Google untuk tujuan ini dengan menggunakan Google Keyword Planner. Klik sini untuk memulakan risikan kata kunci untuk topik posting anda.

2) BREADCRUMB : Ini adalah struktur catatan anda ataupun lokasi dimana catatan anda ditulis berpandukan kategori atau label tertentu penulisan.
-> Breadcrumb ini biasanya memang sudah tersedia didalam template blog anda. Tujuan Breadcrumb ini ditunjukkan kepada pengguna adalah untuk memudahkan mereka memahami struktur satu-satu topik catatan anda sekaligus boleh membantu anda mendapat klik atau kunjungan pengguna.

3) META SEARCH DESCRIPTION pula adalah dimana kita menulis rumusan catatan kita tadi sepertimana yang telah kita pelajari didalam catatan asas membuat blog.
-> Bagi ruangan ini, anda boleh lihat sendiri berapa banyak huruf yang muat di paparan Google Search Results dan seeloknya rumusan catatan kita bertepatan dengan jumlah karakter yang ditunjuk iaitu didalam lingkungan 155 karakter.
-> Tidak ada formula istimewa bagi ruangan ini, cuma apabila ianya ditulis dengan ayat yang memukau, ia akan menarik pengunjung untuk klik ke pautan kita dan bukannya blog atau pautan orang lain. Cuba anda lihat contoh gambar di atas tadi, yang mana satu akan anda klik?

Penulisan saya diatas tadi boleh dikira tersangatlah ringkas dan diharapkan ianya mudah untuk anda fahami.
Ada banyak lagi ciri-ciri Search Engine Optimization ini dan apa yang saya dah tulis diatas adalah jenis ON-PAGE OPTIMIZATION, untuk ciri yang lain akan saya tulis di catatan akan datang.

Iklan sat! Follow saya di Twitter, Facebook, Pinterest ataupun melanggan melalui emel untuk mendapatkan update catatan baru ya ;)

Faktor-faktor atau ciri lain yang membantu catatan blog kita menduduki kedudukan yang tinggi di Google Search Results termasuk:
-> Penggunaan keyword/kata kunci yang optimum didalam keseluruhan penulisan.
-> Optimisasi gambar.
-> Kelajuan loading keseluruhan blog.
-> Template mesra Mobile atau tidak

Itu sahaja buat kali ini, diharapkan ianya sedikit sebanyak akan membantu menaikkan ranking blog anda dan menambah semangat untuk meneruskan aktiviti blogging kita semua.

Selamat Menulis!!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.