28 Ogos, 2015

Sifat Manusia - Laoneis Band


Laoneis Band Lampung
gambar oleh Laoneis Band Lampung

Mengalihkan 'stress' membina blog sekejap, admin nak kongsikan satu lagu ni. Dinyanyikan oleh seorang budak cilik ditemani alunan gitar 'abang-abangnya' yang berasal dari Kota Bandar Lampung, Indonesia.

Dengar 3-4-5 kali pun tak bosan sebab suara adik yang merdu beralun dan bunyi gitar yang memukau. Lirik yang digubah juga amat bermakna kerana menyentuh perihal kita sebagai manusia di dunia yang sementara ini.

Memang emo lah sekejap dibantainya tapi ia memang merdu dan membuka hati. Sekadar perkongsian dalam kategori 'sembang' untuk blog Atas Talian ni.

Dianggotai oleh Maulana Ardiansyah sebagai vokal utama, Taufik Angger Firmansyah dan Egar Eyfould sebagai gitar 1 dan 2, Arifky Aditya pemain bassis dan drummer nya pula ialah Chelvian Bhektiar.

Band genre Pop/Melayu ini ditubuhkan pada 25 November 2011, Band asal Lampung Pringsewu Ambarawa ini semakin mendapat tempat dikalangan penggiat musik tanah air dan juga luar negara terutama sekali Malaysia. Anda boleh menyokong band ini melalui laman Facebook mereka.


Di dunia bermacam sifat manusia,
Cari nafkah, yang haram kok di terima,
Di dunia hidup hanya sementara,
Banyak berdoa agar bisa masuk syurga,

Buat apa kalau kaya banyak dosa,
Bila akhirnya berujung tak bahagia,
Buat apa punya raga yang sempurna,
Bila dirimu tak bersyukur pada yang kuasa,

Bila kematian menghampiri,
Itu tanda kau akan kembali,
Bahkan tiada kata ampun lagi,
Berakhirlah hidupmu di dunia ini,

Buat apa kalau kaya banyak dosa,
Bila akhirnya berujung tak bahagia,
Buat apa punya raga yang sempurna,
Bila dirimu tak bersyukur pada yang kuasa,

Bila kematian menghampiri,
Itu tanda kau akan kembali,
Bahkan tiada kata ampun lagi,
Berakhirlah hidupmu di dunia ini.





Terima kasih kepada Vivit Syahrini Ririn atas bantuannya membagikan lirik lagu Sifat Manusia oleh Laoneis Band Lampung ini.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.