29 Ogos, 2015

Petua Menyimpan Duit Dengan Berkesan


Baru nak simpan duit sikit dah guna balik. Baru nak menabung sikit duit dah dibelanja. Perkara ni biasa berlaku kepada saya terutama sekali jika hendak menyimpan duit di rumah dan bukannya didalam bank.

Kalau duit syiling tu memang banyaklah sebab setiap kali balik rumah saya akan letak semua benda di tempat yang tersedia contohnya cangkuk dinding untuk kunci rumah dan kereta, pemegang 'stand' handphone, kotak khas untuk letak rokok dengan pemetik api dan balang khas untuk duit syiling, jadi tidak ada masalah menabung duit syiling.

Tapi duit kertas ni yang agak payah untuk disimpan. Setiap kali saya mencuba, akan ada saja 'syaiton' dalam kepala yang mengajak saya untuk mengambil dan membelanjakannya.

Jadi sejak itu saya berfikir, apakah petua yang terbaik jika hendak menabung duit kertas di rumah ataupun dengan kata lainnya, jika ada wang kecil yang dalam dompet tu, boleh disimpan di rumah tanpa dibelanjakan.

Lebih kurang 2-3 bulan lepas saya ada terbaca satu posting di Facebook yang berkongsi cara menyimpan duit dengan berkesan. Dan petua ini menggunakan kekuatan psikologi kita untuk menjayakannya. Bunyi agak pelik bila sebut psikologi tapi dengan mengamalkan petua tersebut, dengan yakinnya saya kata bahawa memang cara ini berkesan.

Caranya senang saja, dengan memberikan fokus yang lebih kepada jenis-jenis not wang kertas tertentu.

Bagi saya, saya mulakan dengan not wang kertas RM5. Kerana warnanya hijau yang menawan dan senang mencuri perhatian.

Begini cara saya berjaya menabung duit RM5 dengan menggunakan kuasa psikologi: Pertama sekali anda kena bertapa di gua Musang selama 3hari 3malam.....hehe...gurau.

Setiap kali saya berbelanja, akan saya cuba dapatkan wang baki yang mengandungi not RM5. Dan setiap kali saya diberikan not tersebut, akan saya simpan di tempat lain selain dompet. Maksudnya saya tak campurkan sekali dengan wang kertas lain yang saya bawa.

Setelah pulang ke rumah, saya akan sediakan kotak/bekas khas untuk wang kertas RM5 ini tadi dan tutup/kunci kotak tersebut supaya jauh dari pandangan mata.

Selama 3 bulan (Jun-Ogos 2015) saya mengamalkan teknik ini, saya dapat melihat hasilnya seperti yang anda boleh lihat dari gambar-gambar dibawah ini:

Teknik menyimpan duit dengan berkesan.

Cara menabung yang berkesan.

Petua menyimpan duit di rumah dengan berkesan.

Jumlah setakat ini adalah RM425 setelah mengamalkan teknik super-power-psikologi ini selama 3 bulan. Memang terbukti berkesan.




Pada mulanya memang 'syaiton' tadi tak lekang mengajak saya membelanjakan duit ni tapi saya kuatkan hati. Pada minggu pertama dan ke-2 memang terasa susahnya tapi setelah itu, secara otomatiknya tanggapan/pandangan saya apabila setiap kali melihat not wang kertas RM5 yang berwarna hijau ini berubah.

Maksud berubah ialah, saya akan terasa seperti 'Saya harus sorok duit ni!'...

Hingga sekarang, setiap kali membeli barangan biarpun yang berharga RM4.90, saya akan serahkan wang kertas RM10 dan bukannya RM5.

Dengan itu terungkailah sudah rahsia menabung duit di rumah dengan kuasa psikologi. Tidak ada rumusan saintifik pun dengan teknik ni cuma apabila kita fokus dengan satu-satu sebab tu dan kita berpegang teguh pada pendirian tersebut, lambat-laun ianya menjadi tabiat.

Haaa...tabiat adalah perkataan paling sesuai digunakan sebenarnya, tetapi saya saja guna perkataan psikologi untuk menggempakkan catatan blog kali ini.

Anda harus cuba!

Share la dengan pembaca semua teknik anda supaya boleh dicuba dan dipraktikkan. Selamat Menabung!


3 comments

Write comments
Tanpa Nama
AUTHOR
19 November 2015 8:58 PTG delete

saya dah simpan rm500 ijo dalam tabung haji..dh nk start balik..mudhn shoitan dapat diirantai utk mjayakn misi kedua..aminn hehe.

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
21 November 2015 5:56 PG delete

Amin..sikit2 lama2 jadi bukit :D

Reply
avatar
jida
AUTHOR
10 September 2017 9:36 PTG delete

hati kena kental bila simpan duit dirumah...nak anggap macam duit tu dah takde mmg payah..haha..

Reply
avatar

Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.