11 Ogos, 2015

Pentingnya Menggunakan Template Blog Responsif


Cara menukar template blogger responsif

Dianggarkan adalah sebanyak lebih 3billion pengguna Internet di seluruh dunia dan ianya hanyalah merangkumi 40% daripada jumlah penduduk bumi. Daripada 3billion tersebut pula, tidak mustahil sekurang-kurangnya 50% adalah pengguna Internet tegar dengan menggunakan telefon pintar.

Isi kandungan catatan ini:-
>> Kenapa template blog anda perlu responsif
>> Template percuma atau premium (beli)

Jumlah pengguna Internet seluruh dunia.
Data daripada Internet Live Stats - Klik untuk data terperinci
Data 'Live' pengguna Internet anda boleh dapatkan di Internet Live Stats dan anggaran pengguna Internet mobile pula saya belasah je tapi tak mustahil kan? Anda sendiri selalu online bila sedang makan tengah hari di tempat kerja, betul tak? :D

Jadi bagi blogger seperti kita pula, apakah maksud data tersebut dan apakah langkah yang perlu kita buat supaya hasil penulisan kita akan mendapat manfaat daripada jumlah pengguna Internet ini?


Blog mobile-friendly yang muncul di carian Google.

Template Blog Responsif

Template atau struktur keseluruhan blog responsif bermaksud ianya adalah secara automatik akan menyesuaikan paparan berpandukan saiz skrin pengunjung website atau blog dan ini adalah salah satu faktor penting untuk menaikkan ranking website/blog anda di carian Google.

Google.Inc telah secara rasminya menyatakan bahawa enjin carian mereka akan diperluaskan kepada penggunaan telefon pintar bermula dari tarikh 21 April, 2015 dan laman web yang menggunakan template mobile-friendly adalah menjadi keutamaan mereka untuk muncul dalam hasil carian Google. 

Seperti yang anda boleh lihat di screen-shot disebelah kiri ini, salah satu blog saya (Majalah Curiga) adalah mobile-friendly dan akan dilabelkan sebegitu kerana ini memudahkan pengunjung untuk memilih sama ada mahu klik untuk ke blog anda atau tidak. Google sentiasa mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna jadi bila saja ada sesiapa yang membuat carian di Google Search menggunakan smartphone, Google akan memberikan hasil carian yang bersesuaian.

Salah satu sebab kenapa jika kita melayari laman web tidak responsif melalui telefon ialah ianya akan menjadi lembab dan akan menggunakan bandwidth yang banyak. Oleh itu, salah satu cara untuk Google 'menjaga hati' para pengguna enjin cariannya ialah dengan menetapkan bahawa sesiapa yang menggunakan template responsif akan diberikan lebih keutamaan untuk muncul di kedudukan yang tinggi laman mereka.

Anda boleh menguji sama ada blog anda adalah responsif menggunakan Mobile-Friendly Test ini.


Beza Template Responsif Percuma Dengan Yang Dibeli

Ada banyak laman web diluar sana yang memberikan perkhidmatan muat-turun template untuk platform Blogger. Terlalu banyak sehinggakan boleh rabun mata nak pilih yang mana satu pilihan kalbu. Tetapi sebelum anda memilih template tercantik di mata anda, beberapa perkara perlu anda titik-beratkan. Contohnya:-

> Rekabentuk yang terlalu rumit dan tidak bersesuaian dengan topik blog anda.
> Rekabentuk kompleks yang mungkin akan membuatkan blog anda menjadi 'berat'
> Mungkin beberapa perkara lagi yang hanya akan kita tahu setelah memasangnya ke blog kita

Perbezaan paling ketara diantara Template Blogger percuma dan berbayar adalah pautan kredit dikaki blog anda. Pautan/link kredit ini adalah alamat website si pencipta template itu tadi dan biasanya akan diletakkan seperti: Created By: XXXtheme.com atau Designed By YYYtemplate.com

Bagi anda yang tidak mementingkan jenama, rupabentuk atau ke'peribadian' blog anda, link kredit ini mungkin tidak akan menjadi masalah namun jika anda adalah seorang blogger yang ingin menggubah segala aspek blog anda, link kredit ini sangat menyakitkan mata (hati).

Jika anda telah memuat-turun template percuma dan gatal tangan pula mahu memadam kredit link itu tadi, blog anda akan secara automatiknya ditujukan semula (re-direct) kepada laman web si pencipta itu tadi. Ini kerana pencipta tersebut telah menetapkan kod khas didalam template percuma anda tadi supaya anda tidak akan dapat memadam kredit link tersebut. Contoh kod khas (encrypted code) tadi berupa seperti gambar di bawah.

Contoh kod template responsive blogger.

Jadi anda tidak ada pilihan lain kecuali membeli template tersebut untuk memadam kredit link atau membiarkan sahaja pautan disitu. Tetapi perihal ini ada kesan yang agak buruk juga lagi-lagi jika anda sedia maklum dengan dunia SEO, tahu dengan perkembangan algoritma Google (Panda Update adalah yang terkini) dan kenapa meninggalkan pautan sebegini sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada ranking blog anda di enjin carian Google.

Notakaki: Akan saya tulis catatan khas mengenai SEO dan Panda Update ini untuk anda. Kata kuncinya adalah Sitewide (jika anda ingin membuat penyelidikan sendiri sekarang) 

Berbalik kepada isu template percuma atau berbayar. Harganya tidaklah terlalu mahal jika anda melihat dari segi penjenamaan dan keperibadian. Yang selalu saya lihat harganya sekitar USD6.00 - USD30.00 dan jika hendak ditukarkan kepada matawang kita (Ogos 2015 USD1 = RM4) ditambah dengan caj perkhidmatan Paypal, anda mungkin perlu membayar sekitar RM40-RM100++ 

Dibawah saya sediakan beberapa contoh template yang telah saya beli dengan template demo nya sekali:

1- Blog Atas Talian (demo)
3- HTSVMAG (update Ogos 2015, dah tukar template tapi masih ada yang ori -> (demo)

Keempat-empat template tersebut saya masih gunakan hingga sekarang dan seperti yang anda sendiri boleh lihat, saya telah mengubah serba sedikit rekabentuknya mengikut kepada apa yang cantik dan sesuai di mata saya. Sebagai tambahan, saya ingin menawarkan untuk menghantar salinan Template berbayar tadi kepada anda yang tidak mahu mempunyai Encrypted Code didalam blog dengan hanya bayaran sebanyak RM20 untuk setiap template.

Anggap sahaja ia sebagai derma kepada saya dan juga saya sudi memberikan tunjuk ajar mengenai cara-cara pengubahsuaian Template tersebut. Anda boleh hantarkan email kepada saya jika berminat mahu membeli salinan template tadi ke admin@atastalian.com

Dengan itu, saya berharap serba sedikit penjelasan mengenai template blogger responsif ini akan memberikan sedikit kesedaran mengenai kepentingan template didalam dunia blogging dan akan saya buat satu penulisan yang terperinci mengenai panduan-panduan lain bila masa mengizinkan. Terima kasih kerana membaca. 


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.