28 Ogos, 2015

Cara Menukar Warna Latarbelakang Catatan Blogger


Cara menukar warna latar belakang blogspot.

Panduan ini khas untuk anda yang menginginkan warna latar belakang blogspot blogger yang berbeza-beza untuk menghias penulisan anda ataupun sebagai 'highlighter' kepada butiran-butiran yang tertentu. Seperti yang anda boleh lihat di catatan saya yang bertajuk 'Sifat Manusia - Laoneis BAND' , dibawah video yang ada disitu saya ada tulis sekali sebahagian lirik lagu mereka dengan ber-latarbelakang-kan warna biru.

Jadi jika anda inginkan hasil yang sama, ia sangat mudah. Begini caranya:

>> Klik 'New Post'
>> Pilih 'HTML'
>> Copy Paste kod yang saya sediakan dibawah:

<div style="background-color: #444; color: #fff; padding: 10px;">Penulisan anda di sini</div>

Anda boleh menukar warna latarbelakang posting anda secara keseluruhan ataupun memilih beberapa patah ayat atau perenggan yang bersesuaian, tidak ada had penggunaan disini.

>> kod #444 yang berwarna biru diatas adalah kod warna latarbelakang manakala kod #fff yang diwarnakan hijau itu pula adalah warna huruf/penulisan anda. Lihat contoh ringkas dibawah:

Latarbelakang warna biru dan ayat berwarna putih. Senang dan cantik dan awesome kan..kan..

Untuk pilihan warna ataupun nombor kod bagi warna-warna yang tertentu, anda bolehlah melawat HTML Color Codes untuk senarai penuh kod warna (HEX color codes) yang diingini.

Jika ada pertanyaan, tinggalkan sahaja komen diruangan bawah nanti, selamat berblogging!

Baca juga:
- Pentingnya Template Responsif
- Membuat Video Responsif
- Cara Menukar Favicon


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.