19 September, 2015

Salah Satu Cara Buat Duit Online - Kongsi Artikel


Ada banyak cara untuk kita menjana pendapatan online. Di-antaranya ialah dengan memaparkan iklan kontekstual pada blog, menawarkan servis-servis tertentu, menyewakan ruangan iklan kepada pihak ketiga ataupun dengan menjual barangan fizikal atau digital anda sendiri. Anda juga boleh buat duit online dengan menggunakan teknik 'affiliate'.
Cara buat duit online.
Tetapi kali ini, saya ingin berkongsi satu lagi cara untuk membolehkan anda menjana wang secara online iaitu dengan memaparkan artikel dari pihak ketiga.

 8Share merupakan salah satu syarikat tempatan yang sentiasa mengeluarkan artikel baru untuk pembaca mereka. Disamping itu, mereka juga memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjana wang online dengan cara menyebarkan artikel-artikel mereka.

  Klik untuk daftarkan diri anda ke 8Share dan mula menjana pendapatan online.

8share logoAnda hanya perlu mendaftarkan profile anda di laman 8Share dan setelah pendaftaran selesai, anda akan dihidangkan dengan paparan mereka yang professional. Pergi ke ruangan 'All Specials' dan dari situ anda boleh pilih artikel mana yang mahu dikongsikan.

Cara menyebarkan artikel mereka pula sangatlah mudah. Anda boleh paparkan di blog anda supaya pengunjung boleh klik (lihat contoh pada blog ini dalam ruangan 'Artikel Lain' di sebelah kanan) ataupun untuk mendapatkan respon yang lebih cepat, post saja ke akaun media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Tetapi anda tidaklah digalakkan untuk 'spamming' dengan link tersebut terutama sekali di Facebook, akan ada saja amaran yang dikeluarkan oleh Facebook sendiri jadi agak-agaklah kan.

Kebiasaanya, anda akan memperoleh bayaran sebanyak RM0.20 bagi setiap klik yang sah. Ciput sangat? Bayangkan anda adalah orang yang terkenal di media sosial dan setiap kali anda post sesuatu, 2.6billion LIKE dan SHARE yang anda dapat. RM0.20 x 2,600,000,000 = KAYA KAU!

Pengeluaran wang pula boleh dibuat setelah akaun anda mencecah minimum RM10.00

Seperti biasa, anda perlulah membaca polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh 8Share mengenai tata-tertib berkongsi artikel mereka supaya akaun anda tidak dibatalkan.

Jadi, tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang kerana ianya percuma dan sekurang-kurangnya, jika Link anda tidak mendapat 2.6billion klik, pasti ada sedikit buat lepas duit bayar hosting dan rokok :)

Oh ya! Akaun anda akan dikreditkan dengan RM1.00 secara percuma bila pendaftaran anda sukses!

Selamat menjana pendapatan online!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.