08 September, 2015

Cara Meletakkan Butang Pinterest Pada Imej Blog


Cara meletakkan butang Pinterest pada Blogspot Blogger

Pinterest adalah satu lagi platform media sosial yang semakin mendapat tempat dikalangan para pengguna Internet. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Mashable pada April 2015, seramai 72.8juta penduduk serata dunia adalah pengguna Pinterest.

Kali ini, saya berkongsi cara untuk meletakkan butang Pinterest pada blog anda. Ianya secara automatik akan muncul setiap kali pengunjung blog meng'apung'kan mouse cursor mereka diatas imej-imej yang terdapat didalam blog anda.

Baca juga - Cara meletakkan Widget Instagram kedalam blog

Kelebihan memiliki ciri Pinterest ini didalam blog adalah: Posting anda akan lebih mudah untuk dikongsikan kepada para follower pengunjung blog anda hanya dengan satu klik sahaja disamping anda sendiri juga mudah untuk share posting kedalam akaun Pinterest anda sendiri. Sama seperti posting lama saya mengenai butang YouTube untuk blog dan Facebook Page untuk menambah jumlah followers.


Begini caranya:

>> Pastikan anda telah mempunyai akaun dan sudah add saya :D hihihi (daftar di sini jika belum)
>> Kunjungi pautan Business Pinterest ini untuk memulakan misi menghasilkan Pinterest button.
>> Ubahsuai butang Pinterest anda mengikut citarasa kemudian salin kod yang disediakan setelah anda siap.


Seterusnya:

>> Pastikan anda membuat back-up Template anda terlebih dahulu sebelum bermula dengan langkah dibawah.
>> Didalam dashboard Blogger anda, klik 'Template' kemudian klik 'Edit HTML'
>> Dalam kotak kod tapi Control+F untuk mengeluarkan kotak 'Search'
>> Taip </body> kedalam kotak search tadi untuk pergi ke bahagian kod tersebut
>> Paste kod yang telah anda salin daripada laman Business Pinterest tadi betul-betul diatas kod </body> kemudian klik 'Save Template'


Nota Penting!
Jika anda tidak berjaya untuk 'Save Template' tadi, jangan risau kerana kebiasaannya sesetengah kod yang hendak diletakkan kedalam Template Blogger perlu 'diterjemahkan' terlebih dahulu ataupun dalam bahasa Inggeris-nya Code Parser.


Langkah Selanjutnya:

>> Kunjungi laman web Smart Tutorials ini dan Paste kod yang anda perolehi daripada Business Pinterest tadi ke dalam kotak 'ENTER/PASTE YOUR HTML/ADSENSE CODE'
>> Salin kod yang muncul dalam kotak 'YOUR ESCAPED OUTPUT' dan paste kembali kedalam Template Blogger anda betul-betul diatas  kod </body>

Kod Pinterest anda akan berubah rupa dan dengan mengikuti langkah-langkah diatas dengan betul, anda tentu sudah berjaya meletakkan butang Pinterest kedalam blog dan memberikan pengunjung anda kemudahan dengan ciri-ciri yang menarik. Dah tu, apa lagi - Follow la pulak akaun Pinterest Atas Talian ya :D Selamat berblogging!
Atas Talian



Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.