20 September, 2015

Cara Menghidupkan Api Ketika Berkhemah Atau Kecemasan


Anda kaki 'outdoor'? Ini ada satu tips yang saya baru terserempak di Facebook. Ingat nak tulis sikitlah disini kerana disamping ianya adalah tips yang amat berguna, ada juga perkara lain yang berkaitan.

Cara menghidupkan api didalam hutan semasa berkhemah.Katakanlah anda keluar berkhemah dan terlupa membawa mancis? Adehh, susah jugak tu lagi-lagi bila terpaksa bermalam dan sangat memerlukan api untuk memasak sebab perut sudah kelaparan ;P

Bateri & pembalut Chewing Gum - lain kali sebelum keluar berkhemah, pastikan anda ada membawa 2 benda ni supaya mudah untuk anda menghidupkan api dikala kecemasan. Tonton video dibawah-


Mudah kan? Jadi sekarang anda sudah tahu apakah peralatan ekstra yang perlu anda bawa setiap kali mahu keluar berkhemah.

Tapi ada satu lagi yang saya ingin kongsikan disini. Melalui video tadi, jelas sudah kita fahami bahawa dengan menyatukan terminal positif dan negatif bateri tersebut melalui apa saja benda yang boleh menyalurkan tenaga elektrik, 'spark' akan terhasil dan boleh digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu...termasuk juga keupayaannya untuk mengakibatkan kapal terbang terhempas. What?!






Pada tahun 2010, sebuah kapal terbang milik Amerika Syarikat yang membawa muatan bateri telah terhempas berdekatan dengan Dubai, membunuh kedua-dua juruterbang dan pembantunya.

Baca sumber berita daripada NBC News ini.

Ianya telah menjadi topik debat yang hangat sama-ada bateri yang biasa ini boleh menyebabkan malapetaka berlaku.

Jadi apa yang boleh kita pelajari daripada peristiwa tersebut?

Buatlah kajian yang lebih lanjut berkaitan bateri dan penerbangan dan anda pasti akan lebih berhati-hati setiap kali mahu melancong atau menaiki kapal terbang untuk kemana-mana.

Tetapi tak perlu lah panik dan fobia terus. Seperti yang kita fahami daripada video di atas, 'spark' hanya akan terjadi apabila kedua-dua terminal bersentuh sesama sendiri, oleh itu jika anda perlu juga membawa bateri kedalam pesawat, pastikan ianya tidak bersepah didalam beg atau mana-mana tempat penyimpanan anda dan jika bateri sudah dikeluarkan daripada paket kedai, balut lah elok-elok.

Sediakan hujan sebelum payung :D


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.