08 September, 2015

Isu Derma 2.6 Billion Menjadi Buah Mulut Rakyat Malaysia


Derma 2.6Billion Dari Orang Arab

Sekarang bila sebut sahaja 2.6Billion, hampir keseluruh rakyat Malaysia tahu apakah maksud yang tersirat disebalik angka yang maha besar itu. Ianya dikaitkan dengan derma ikhlas oleh saudagar Arab kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai dana politik.

Jumlah derma yang bukan calang-calang nilainya itu juga telah pun menjadi 'viral' di media sosial. Bermacam 'parody' telah dibuat untuk mengejek, mempermainkan atau memperlekeh tindakan Perdana Menteri bertindak menerima wang tersebut, tidak kurang juga yang sedang berhempas-pulas menghentam kerajaan Barisan Nasional di atas tindakan presiden parti UMNO tersebut.

Tetapi ada juga pihak yang bijak mempergunakan isu semasa sebagai sumber inspirasi untuk berkarya. Seperti video Meta ONLINE TV ini menggunakan angka 2.6Billion secara 'halus' sebagai tajuk utama video viral pendek mereka iaitu SIMPTOM 2.6. Agak kreatif juga, admin pun tak sabar nak ketahui video sambungannya.



Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.