25 September, 2015

Fractured Nation - Dokumentari Penuh Tentang Isu Perkauman Di Malaysia


Dokumentari perhimpunan Bersih 4.0 dan Himpunan Rakyat Bersatu.

Video dokumentari berdurasi 12 minit ini mulanya ditayangkan oleh Channel NewAsia dan menyentuh isu terkini di Malaysia yang melibatkan perhimpunan Bersih 4.0, Himpunan Rakyat Malaysia dan puncanya pula kita semua tahu iaitu tuduhan penyelewengan wang rakyat yang dikelola oleh 1MDB.

Betul atau tidak fakta yang dibentangkan didalam video yang diambil daripada salah satu Page di Facebook dibawah ini adalah untuk anda sendiri fikirkan. Yang pasti, kedua-dua himpunan telahpun berlalu dan kesannya kita boleh lihat dengan sendiri.

Masih amankah Malaysia bila kaum mula berpecah-belah disebabkan oleh satu-satu pemimpin tertentu. Malaysia untuk rakyat atau Malaysia untuk individu?


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.