19 September, 2015

Sistem Komen Facebook Bermasalah - Penyelesaian


Cara menyelesaikan masalah sistem komen Facebook.

Anda menggunakan sistem komen Facebook dan menghadapi masalah komen yang sama muncul disetiap page blog anda? Ini adalah langkah-langkah yang perlu anda buat untuk menyelesaikan isu ini.

Menggunakan sistem komen Facebook adalah salah satu ciri blog yang banyak faedahnya, salah satu ialah apabila seseorang meninggalkan komen di posting anda dan ada orang yang membalas komen tersebut, si pengomen asalnya akan mendapat notifikasi dengan segera di akaun Facebook-nya dan untuk membaca komen tersebut, dia harus melawat semula blog anda terus melalui laman Facebook.

Baca juga: Cara Menambah Jumlah Like Di Facebook Dengan Kaedah 'INVITE'

Ini bermaksud blog anda akan mendapat peningkatan trafik yang percuma. Facebook juga menggunakan kod 'javascript' yang 'asynchronous' - bermaksud, ianya tidak akan membantutkan kelajuan loading keseluruhan blog.

Tetapi permasalahan biasa bagi plugin sistem komen Facebook ini ialah komen pada posting tertentu akan wujud pada setiap posting lain jadi agak pelik lah bila komen tidak berkaitan langsung dengan posting lain.

Jadi untuk menyelesaikan isu ini, anda hanya perlu menambah satu barisan kod sahaja pada kod HTML Facebook komen yang telah disediakan kepada anda semasa membuat langkah membina sistem komen ini di laman Facebook terdahulu.

Anda familiar dengan kod dibawah ini kan?
div class="fb-comments" data-href="http://www.URLblogAnda.com" expr:title='data:post.title' expr:href='data:post.canonicalUrl' expr:xid='data:post.id'  data-width="666" data-numposts="5" data-colorscheme="light"></div
Jadi anda hanya perlu menambah barisan kod yang telah saya warnakan dengan warna biru tersebut kedalam kod asal sistem komen Facebook blog anda dan isu komen berulang disetiap posting anda sudahpun diselesaikan.

Diharap ianya membantu, jika ada kerumitan, jangan segan tinggalkan komen anda dan saya akan cuba membantu.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.