26 September, 2015

Cara Mudah Berkongsi Post Terbaru Ke Semua Rangkaian Media Sosial


Kongsi post baru kesemua akaun media sosial dengan mudah.

Anda dah buat satu blog post yang maha hebat, kiraan ayat dah mencecah 2000 patah perkataan diselit dengan fakta-fakta yang telah anda buat rujukan rapi tetapi, bila dah klik 'Publish', tak ada orang yang berkunjung ke blog anda, sedih tu!

Kalau nak tunggu Google 'index'kan post baru tadi tu mungkin lambat sikit lah dan mungkin blog-blog senior lain dah 'takeover' kedudukan teratas enjin carian.

Selain daripada submit post terbaru anda ke Google Webmaster dan Bing Webmaster untuk di'index' dengan cepat, salah satu faktor yang akan membuatkan post anda tadi muncul di carian Internet ialah dengan menggunakan kaedah 'Sosial Signal'.

Sosial Signal sangat membantu kerana setelah anda share di akaun-akaun media sosial, mungkin ada pelawat yang akan datang membaca dan selepas itu membuat catatannya sendiri siap ada membuat rujukan kepada alamat post anda dengan meninggalkan 'link' di blog nya. Haa..itu dah dapat 'backlink' dan pastinya membantu dalam menaikkan ranking blog anda tadi.

Tapi biasalah, bila dah banyak sangat akaun media sosial, letih jugak nak share satu-persatu blog post baru tadi kan? Jadi disini, saya berkongsi dengan anda satu servis penyebaran post yang sangat mudah, berguna dan percuma.

Servis yang saya maksudkan itu ialah DLVR.it

DLVR.it ni akan menyebarkan post terkini anda kepada semua saluran media sosial tanpa anda perlu berbuat apa-apa, cuma klik 'Publish' bila selesai menulis, secara automatik DLVR.it akan terus menyebarkannya kepada akaun Twitter, Facebook Page/Personal Profile/Google+/Linkedin/Tumblr dan banyak lagi, terpulang kepada setting yang anda buat.

Penalaannya pula sangat mudah, pertama sekali anda hanya perlu mendaftarkan diri dengan akaun media sosial ataupun alamat emel. Klik di pautan diatas tu tadi untuk mendaftar. Kemudian:

>> Klik 'Add Route'
>> Klik '+add' pada kotak Sources dan isi alamat blog anda
>> Kemudian klik '+add' pada kotak Destinations

Anda mempunyai pilihan untuk menyebar post lama juga tapi disarankan agar anda hanya perlu post yang dibuat dimasa akan datang sahaja sebab mungkin anda tidak mahu post lama diulang-ulang di newsfeed media sosial.

DLVR.it juga ada pilihan untuk servis yang berbayar, itu jika anda mempunyai laman web atau blog yang besar saiznya dan komplikated. Dan juga jika pendapatan bulanan blog/laman web anda mampu untuk menyara yuran bulanan DLVR.it ini.

Tetapi cukup sekadar menggunakan servis percuma untuk blog-blog kecil comel macam Atas Talian ni. Semoga ia membantu. Selamat menulis!

Baca juga:
>> Petua Menyimpan Duit Dirumah
>> Fractured Nation - Dokumentari Malaysia


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.