17 September, 2015

Cara Menghilangkan Navigation Bar Blogger


Cara menghilangkan Navigation Bar pada Blogger

Navigation Bar yang terdapat pada bahagian atas sekali blog anda adalah bertujuan untuk navigasi mudah ke blog-blog lain yang telah dikemaskini selain memudahkan anda untuk log masuk atau keluar ke blog sendiri. Ia adalah ciri standard yang terdapat pada setiap blog yang menggunakan template asal Blogspot tetapi biasanya tidak ada pada template responsif blogger lain.

Jika anda berniat untuk mengubahsuai blog anda dan tidak mahu Navigation Bar ini muncul di blog, anda boleh memadamnya dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

>> Klik 'Layout'
>> Cari kotak yang bertulis 'Navbar' seperti gambar di bawah dan klik 'Edit'

Cara menghilangkan Navbar pada Blogger.

>> Kemudian ada popup yang menerupai gambar dibawah

Langkah-langkah menghilangkan navigation bar pada blogger.

>> Pilih 'Off' kemudian klik 'Save'

Telahpun selesai dan Navigation Bar pada blogspot anda telah pun disembunyikan. Ia akan membuatkan blog anda berubah kepada rupa yang lebih professional walaupun dengan ketiadaan Navbar tersebut, beberapa ciri blogger tidak akan terdapat lagi pada blog anda.

Rupa atau praktikal? Pilihan ditangan anda.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.