25 September, 2015

Cara Mempercepatkan Loading Blog Dengan Optimisasi Gambar


Cara menyelesaikan masalah blog yang lambat loading.

Imej yang cantik dan tajam tidak dinafikan boleh mencantikkan blog anda, sayanglah kalau guna kamera mahal-mahal tapi gambar yang di-upload kedalam blog jadi blur. Tetapi gambar yang tajam biasanya bersaiz besar dalam lebih kurang 500KB-5MB terpulang kepada setting awal anda pada kamera.

Dengan saiz imej yang sebegini besar, kelajuan loading keseluruhan blog anda akan terjejas jadi imej tersebut seeloknya ada buat sedikit kerja lebih dengan meng-optimisasikan-nya.

Keburukan meletakkan imej yang bersaiz besar pada blog selain daripada mengurangkan ranking blog anda dan melembapkannya, ianya juga akan merobek dompet anda..what?! Ya, anda mungkin perlu membayar lebih untuk servis hosting kerana terlalu banyak bandwidth yang digunakan untuk loading imej-imej ini tadi. Melainkan anda masih menggunakan platform percuma Blogspot, ini tidak menjadi masalah.

Beberapa perkara berkaitan SEO juga perlu anda ambil tahu supaya blog anda boleh berada dikedudukan yang baik dalam enjin carian seperti template yang responsif dan mesra SEO, kelajuan loading keseluruhan, Meta tag imej/video responsif dan pelbagai lagi.

Jadi disini, saya ingin berkongsi satu perisian (percuma) untuk anda muat-turun dan gunakan untuk optimisasi imej pada blog supaya kecepatan loading keseluruhan blog boleh dipertingkatkan.

Perisian optimisasi imej yang saya sendiri gunakan ialah Shrink-O-Matic. <- klik untuk muat turun.

Kenapa saya memilih Shrink-O-Matic dan bukannya perisian-perisian yang lain? Shrink-O-Matic tersangatlah mudah untuk digunakan dengan hanya drap & drop imej pada papan pemukanya dan sekelip mata sahaja imej anda akan dikecilkan saiznya.

Tapi apa yang lebih menarik ialah bila imej anda dikecilkan biasanya ketajaman imej tersebut akan terjejas tetapi tidak dengan Shrink-O-Matic ini. Imej anda kekal tajam seperti biasa walaupun saiznya telah dikurangkan kepada separuh daripada saiz asal.

Baca juga:
1- Menukar warna latarbelakang blog
2- Paparan posting blog terkini yang stylo

Disamping itu, Shrink-O-Matic juga mempunyai beberapa ciri lain yang mungkin tidak ada pada perisian optimisasi gambar seperti pilihan untuk optimisasi imej dalam bentuk PNG dan GIF. Selain daripada itu, anda juga boleh meletakkan 'watermark' atau logo rasmi anda pada imej.

Semuanya boleh anda buat pada setting asas perisian ini sebelum menggunakannya.

Cubalah muat turun, ianya percuma dan mesra-pengguna. Perisian optimisasi imej yang saya gunakan sejak dari awal lagi, jangan lupa untuk menyemak version terkini Shrink-O-Matic kerana mungkin ada lagi ciri-ciri terbaharu yang menarik.

Semoga ia membantu membuatkan blog anda load dengan lebih cepat.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.