14 September, 2015

Cara Kongsikan Post Instagram Ke Facebook Page


Panduan mengemaskini Facebook Page dengan mudah.

Menjadi kebiasaan untuk kita semua mempunyai beberapa akaun media sosial baik untuk tujuan kempen 'selfie' ataupun untuk tujuan perniagaan. Untuk posting kali ini, saya berkongsi teknik mudah untuk mengemaskini akaun Facebook Page melalui Instagram tanpa perlu berkongsi post yang sama berulang-kali.

Sebelum ini, mungkin anda sudah tahu dan sedang menggunakan ciri Instagram dimana setiap post anda akan secara automatiknya dikongsikan ke akaun peribadi Facebook. Bagi tujuan kempen 'selfie' tadi mungkin inilah yang terbaik tetapi bagaimana pula jika anda ada jenama atau perniagaan atas talian sendiri tetapi tidak mahu mengaitkan akaun peribadi Facebook sebagai platform berkongsi post baru?

Ramai yang tidak tahu bahawa anda sebenarnya boleh berkongsi post Instagram anda terus kepada Facebook Page tanpa perlu berbuat demikian melalui papan pemuka Facebook. Ini akan memudahkan anda mengemaskini Facebook Page hanya dengan sekali posting Instagram.

Begini caranya:

>> Buka Instagram anda dan pilih icon 'option' atau 'menu' yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan.
>> Dibawah kategori 'Settings' pilih 'Linked Accounts'.
>> Pilih 'Facebook'.
>> Setelah beberapa ketika, icon Facebook nanti akan bertukar kepada warna biru.
>> Klik sekali lagi akaun Facebook tadi dan anda akan dibawa kepada senarai Facebook Page yang anda sudah miliki.
>> 'Timeline (Default)' adalah akaun peribadi Facebook anda jadi disini anda pilihlah Facebook Page yang mana satu anda mahu kaitkan.
>> Selesai

Nota:
Cuma satu sahaja perkara yang anda perlu ingat, pilihan anda itu tadi biasanya tidak akan ditetapkan terus untuk posting Instagram anda yang selanjutnya jadi sebagai peringatan, sila ulang semula langkah tadi setiap kali anda mahu membuat posting Instagram. Agak leceh lah tetapi biasanya jika anda mempunyai lebih daripada 1 Facebook Page, anda tidak ada pilihan lain :)

Selamat berkongsi posting yang menarik!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.