16 September, 2015

Cara Menambah Like Di Facebook Dengan Kaedah Invite


Bagaimana cara menambah like di Facebook

Nak tambah Likers di Facebook Page anda? Ada beberapa cara anda boleh berbuat demikian contohnya dengan membeli Like tersebut, tetapi tidak digalakkanlah kerana 'engagement' page anda akan merana. Beberapa cara yang saya telah tulis termasuk memaparkan Facebook Page anda kedalam blog, membuat Facebook pop-up setiap kali pengunjung tiba ke blog anda dan juga untuk kali ini, saya akan berkongsi kaedah manual menambah Likers di Facebook Page dengan cara jemputan.

Baca juga: Cara meletakkan widget Instagram kedalam blog

Sila tonton video capture yang telah saya sediakan di bawah ini:


Langkah-langkahnya:

>> Pastikan anda berada di mode profile peribadi dan bukannya Facebook Page
>> Klik pada Facebook Page anda yang disebelah kiri skrin
>> Pada post-post FB anda tadi, klik pada jumlah Likers lain contohnya ' Kamu, Saya and 88 others like this'
>> Satu popup akan keluar dengan senarai mereka-mereka yang Like post tadi dan dari situ anda boleh skrol kebawah dan klik 'Invite' pada profile yang belum Like Page anda.

Senang, mudah dan dah selesai misi menambah Likers ke Facebook Page anda.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.