20 September, 2015

Bagaimana Keadaan Trafik Jika Simpang 4 Tidak Ada Lampu Isyarat


Kesesakan lalulintas di simpang 4

Kita yang tinggal ibukota memang faham sangat perasaan tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Walaupun sistem jalanraya negara kita berada pada tahap yang 'memuaskan' dan moden, kesesakan lalulintas adalah situasi yang boleh dikatakan tidak dapat dielakkan.

Tetapi bagaimana pula dengan negara-negara maju lain yang mempunyai sistem jalanraya yang lebih moden dan sofistikated pula? Adakah mereka bebas dari masalah kesesakan lalulintas? Tidak sama sekali. Setiap negara yang membenarkan kereta, basikal, motosikal atau apa saja kenderaan untuk berada diatas jalan pasti mengalami masalah yang sama.

Lebih-lebih lagi jika negara tersebut mempunyai populasi penduduk yang ramai, berkenderaan tetapi menjalankan sistem trafik yang kurang memuaskan. Contohnya - TIDAK ADA LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN.


Anda rasa anda boleh 'survive' tak dalam keadaan trafik sebegitu? Saya kurang pasti dimanakah lokasi simpang 4 didalam video ini tetapi respek tetap ada kerana sepanjang video tersebut, tidak ada berlaku kemalangan. Penduduk tempatan sudah lali keadaan jalanraya mereka - kalau tak biasa?

Cara menambah trafik ke blog banner.Sekadar perkongsian kerana saya terserempak dengan video ini tadi dan terdetik mahu menulis sedikit mengenainya. Apapun, sikap yang harus kita terapkan setiap kali berada diatas jalan ialah sabar dan bertolak ansur. Melihat kepada video itu tadi juga kita boleh faham, walaupun tidak terdapat lampu isyarat di persimpangan tersebut, mereka masih boleh meneruskan perjalanan tanpa apa-apa insiden. Video tu kurang daripada 2 minit, bayangkan mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut sepanjang hayat.

Terima kasih kerana membaca dan selamat memandu :D


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.