20 September, 2015

Cara Mewarna Kuku Jari Dengan Mudah Dan Cantik


Cara mewarna kuku jari dengan cepat dan mudah
Anda suka mewarna kuku? Sini saya kongsikan tips unik mewarna kuku anda dengan cepat, mudah, comel dan berkesan. Tak perlu buang duit banyak-banyak pergi ke salun dah. Anda cuma perlukan pewarna kuku, segelas air kosong dan sedikit masa untuk membaca dan melihat video yang saya sediakan dibawah ini.




Langkah-langkahnya:

1- Gunakan pita pelekat untuk melindungi kulit sekeliling kuku anda.

2- Sapukan 'base coat' untuk melindungi permukaan asli kuku anda.

3- Sapukan pewarna putih dengan nipis dan biarkan ia kering buat seketika

4- Sapukan sekali lagi pewarna putih nipis untuk menjadikan warna nya lebih tebal

5- Sediakan segelas air kosong bersuhu bilik. Suhu ini amat penting, jika tidak projek ini tidak akan menjadi.

6- Pilih pewarna kuku yang anda mahu daripada kualiti yang elok

7- Longgarkan semua penutup pewarna tadi untuk memudahkan kerja dan letak setitik bagi setiap warna kedalam gelas. Lakukannya dengan hati-hati supaya warna tidak 'serabut'

8- Ambil pencungkil gigi dan anda boleh 'lukis' rekaan yang diingini

9- Celupkan jari anda kedalam kawasan yang telah anda 'design' dengan pencungkil gigi tadi selama 5-10 saat dengan perlahan.

10- Gunakan pencungkil gigi untuk 'mengaut' lebihan pewarna disekeliling jari anda

11- Keluarkan jari anda dengan perlahan

12- Tanggalkan pita pelekat yang melindungi sekeliling jari anda


Sudahpun siap, seronok dan cantikkan? Saya memang takkan mewarna kuku saya lah tetapi saya tahu ada pembaca wanita untuk blog Atas Talian ini jadi harus juga saya tulis dan kongsikan sedikit panduan untuk kaum wanita.

Selamat mencantikkan kuku :D


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.