04 Oktober, 2015

Blogspot Kini Telah Diupdate | Penyambungan HTTPS Untuk Keselamatan Ekstra Blog Anda


Blogspot kini ada HTTPS

Pada 30 September 2015, Jo-el van Bergen, Jurutera Perisian dan Sekuriti untuk Blogger telah mengeluarkan kenyataan bahawa kini pengguna Blogspot Blogger akan menikmati kemaskini yang terbaru dari segi keselamatan iaitu penggunaan penyambungan melalui HTTPS berbanding HTTP sahaja sebelum ini.

kemaskini terbaru blogger blogspot | HTTPS

HTTPS adalah ciri tambahan pada mana-mana URL dimana "S" itu sendiri bermaksud 'Security'. Biasanya ini adalah ciri 'premium' yang perlu dibeli jika anda mahukan keselamatan tambahan pada blog/laman web.

Penambah-baikan daripada Blogger ini bagaimanapun hanya diberikan kepada anda yang masih menggunakan subdomain (BLOGANDA.blogspot.com) dan tidak terdapat pada yang telah menggunakan custom domain ataupun Top Level Domain (TLD) seperti (BLOGANDA.com) kerana ciri tambahan ini harus dibeli, maksudnya pengguna subdomain Blogger teramatlah beruntung dengan berita ini.

Ini sesuai dengan niat Google untuk membawa platform Blogger ke tahap yang lebih tinggi dimana mereka menggelar misi ini sebagai "HTTPS Everywhere". Untuk video rasminya, anda boleh tonton dibawah ni (45minit) ataupun boleh saja teruskan membaca.


Kebaikan menggunakan penyambungan HTTPS ini termasuk mengelakkan daripada pengunjung daripada 'redirect' kepada laman-laman yang bersifat spamming, mengandungi virus dan laman-laman blog yang suka menipu hehe..suka menipu tu maksudnya selalu sahaja kita dihidangkan dengan blog yang tajuknya lain tapi bila klik, lain pulak tempat yang dibawanya. Jadi Blogger telah mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti tidak beretika ini.

Sebelum anda bertukar kepada penyambungan HTTPS Blogspot ini, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira terlebih dahulu contohnya:

- Kemungkinan ada gadget/widget blog anda yang tidak akan berfungsi seperti biasa
- Masalah kandungan yang bercampur-aduk
>> Maksud kandungan yang bercampur-aduk ini ialah dimana kandungan HTML blog anda di'loading' melalui penyambungan HTTPS tetapi konten-konten lain seperti gambar, video, skrip pula di'loading' melalui penyambungan HTTP. Cara penyelesaian jika anda mengalami isu sebegini adalah dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan oleh Jo-el van Bergen ini -> "Fixing Mixed Content"
- Kebarangkalian untuk widget/gadget anda tidak berfungsi seperti biasa mungkin agak kurang bergantung kepada berapa 'sofistikated'nya template blog anda. Tetapi jika isu ini timbul, caranya ialah mungkin dengan menukar/membuang widget tersebut ataupun jika mahu menyelesaikannya juga, anda bolehlah join forum Google ini untuk meluahkan masalah anda dan berharap ada seseorang yang boleh membantu.

Anda boleh juga tinggalkan komen/isu anda didalam blog saya ini, mungkin saya boleh buat sedikit penyelidikan dan membantu anda menyelesaikannya, No Problem!

Jadi, jika anda sudah bersedia untuk membuatkan blog anda dikunjungi dengan menggunakan rangkaian HTTPS yang lebih kuat sekuritinya, anda cuma perlu ikuti langkah-langkah dibawah ini:

1- Klik 'Settings' pada papan pemuka Blogger
2- Pilih 'Yes' dalam kotak 'HTTPS Settings'
Siap!

Semudah itu, sekarang blog anda sudah mempunyai ciri-ciri keselamatan PREMIUM yang biasanya perlu dibeli tetapi bagi anda pengguna Subdomain Blogspot, ini adalah satu ciri bonus yang sangat bernilai.

Semoga dengan update terkini daripada Google/Blogger ini akan mengurangkan aktiviti tidak bermoral para pemilik blog yang suka 'menipu' kita dengan menghidangkan blog-blog yang tidak berkualiti dan menyakitkan hati. Syabas Google - Tahniah pengguna Blogspot Blogger!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.