08 Oktober, 2015

Cara Meletakkan Widget Instagram Pada Blog


Anda tentu familiar dengan aplikasi telefon pintar Instagram, aplikasi yang dimiliki Facebook ini adalah untuk berkongsi gambar dan video harian anda. Selain daripada untuk kegunaan individu, banyak syarikat-syarikat korporat dan organisasi kebajikan contohnya juga menggunakan aplikasi Instagram untuk memuat naik gambar dan video mengenai aktiviti-aktiviti mereka.

Boleh kita katakan, setiap yang memiliki telefon pintar, pasti ada akaun Instagram. Hampir menjadi aplikasi yang wajib dimiliki oleh semua orang, kecuali saya..hehe

Tapi Instagram juga kita boleh letakkan kedalam blog kita dan cara mudah sahaja, anda cuma perlu ikut langkah-langkah dibawah ini.

1- Pergi ke laman web www.intagme.com
2- Masukkan username Instagram anda dalam kotak 'username'
3- Widget Type <- Pilih sama ada anda mahukan widget slideshow gambar ataupun grid
4- Setelah anda ubahsuai ciri-ciri yang dimahukan, klik 'Get Code' dan salin kod tersebut kemudian kita ke langkah seterusnya

Baca juga: Cara meletakkan Facebook Page Plugin pada blog / Cara meletakkan butang Pinterest pada imej

5- Pada papan pemuka Blogger anda, klik 'Layout'
6- Pilih lokasi yang sesuai untuk anda letakkan widget Instagram ini tadi dan klik 'Add a Gadget'
7- Pilih 'HTML/Javascript' dan paste kod yang anda perolehi daripada laman Intagme.com tadi
8- Dah siap! Sekarang blog anda ada widget Instagram dan lebih mudah untuk mengumpul pengikut.

Semoga membantu.



Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.