09 Oktober, 2015

Cara Tunjuk "Terima Kasih" Ketika Memandu | Ikut Cara Jepun


Panduan menggunakan lampu isyarat kecemasan.
Klik Untuk Besarkan Muka Mr.Bean
Pemanduan yang berhemat bukan sahaja boleh mengelakkan daripada berlakunya insiden kemalangan yang sudah pasti menghancurkan harta benda dan perasaan sesiapa sahaja yang terlibat. Kalau bukan silapnya datang daripada kita dan tak ada kemalangan jiwa, kira oklah sikit tapi bayangkan jika kita yang bersalah dan mangsa pula nak jugak bawa kes ke mahkamah? Dah pening nak naik turun balai dan masuk mahkamah - Leceh!

Dalam posting kali ni, saya ingin berkongsi salah satu cara untuk kita menjadi seorang pemandu yang berhemah dan ditujukan khas kepada pemilik/pemandu kereta di Malaysia iaitu cara mengucapkan "Terima Kasih" setelah diberi laluan oleh pemandu lain.

Sebelum itu, mari kita tengok statistik kemalangan jalan raya di Malaysia setakat ini yang dilaporkan oleh portal berita Malaysia Aktif.

Seperti yang dilaporkan, Ops Selamat bertarikh Julai 2015 pada musim raya baru-baru ni telah merekodkan sebanyak 20,458 kes kemalangan. 20ribu kes kemalangan dalam tempoh 15 hari sahaja, banyak tu.
- Statistik Kemalangan Jalan Raya -

Okay, tak perlu baca statistik yang lebih terperinci, cukup sekadar kita tahu bahawa memang dah banyak sangat berlaku kemalangan jalan raya ni. Dan jangan sesekali kita terfikir bahawa "kita tidak mungkin akan termasuk sekali dalam statistik" tu.

Tak perlu juga saya tuliskan disini peraturan-peraturan trafik kerana saya pasti anda yang memandu pastinya sudah hafal dan tahu maksud-maksud papan tanda trafik dan juga peraturan jalanraya yang lain. Tapi apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya ialah cara bagaimana pemandu-pemandu kereta di Jepun mengucapkan "Terima Kasih" setelah diberi laluan. Cuba tengok video yang dibawah ini:


Bagaimana Hendak Berterima Kasih Diatas Jalan

Dengan hanya memberikan signal isyarat kecemasan sebanyak 2-3 kali, cukup untuk memberitahu kepada pemandu yang telah memberikan laluan kepada kita "Terima Kasih". Cara ini cukup berkesan dan sesuai dipraktikkan oleh semua dan saya sendiri rasa kita di Malaysia juga patut mula menggunakan cara sebegini.

Kebiasaannya, nak tukar laluan pun kita tak bagi isyarat - main langgar je, betul tak? Nah, itu sedikit sebanyak menyumbang kepada risiko kemalangan jalan raya. Alangkah amannya jalan raya jika kita semua mempunyai persefahaman yang serupa seperti pemandu di Jepun dalam video di atasi tu tadi.

Mungkin kita semua boleh beri cadangan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk memasukkan prosidur ini kedalam ujian-ujian memandu dan mula memperkenalkan sistem ini secara meluas, untuk kebaikan semua.

Tapi apa yang seeloknya kita buat sekarang ialah, setiap kali kita telah diberikan laluan oleh pemandu lain, kita buat sahaja seperti dalam video tu, lama-kelamaan mungkin rakyat/pemandu lain akan mula perasan dengan maksud 'double-signal' ini. Kalau gosip artis dan cerita politik tempatan boleh kita sebarkan dengan meluas, kenapa perkara elok sebegini kita tidak mahu uar-uarkan?

Kongsikan cara mengucapkan "Terima Kasih" ini kelaman media sosial atau dimana sahaja yang ingin anda kongsikan, dengan harapan keseluruhan rakyat Malaysia akan mula meng-adaptasikan sifat bersopan-santun diatas jalan raya.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.