18 Oktober, 2015

Cara Mengapungkan Diri Didalam Air - Teknik Kecemasan Semasa Di Laut


Teknik mengapungkan diri didalam air ini amat berguna bagi mereka-mereka yang selalu membuat aktiviti luaran yang berdekatan dengan air, baik nelayan, kaki pancing ataupun yang beriadah di pantai. Petua yang saya ingin kongsikan disini juga hanya berkesan apabila anda sedang memakai seluar panjang atau skirt panjang. Seluar pendek/skirt pendek tu kena tawakal je lah :)

Cara menyelamatkan diri daripada lemas.Jika anda berada didalam situasi kecemasan seperti bot karam, hanyut terlalu jauh ditarik ombak pantai atau apa-apa sahaja situasi kecemasan didalam air, pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah 'jangan panik', selepas itu, ikut langkah-langkah dibawah ini:

  • Tarik nafas dalam-dalam, tenang dan lucutkan seluar panjang anda
  • Kemudian ikat kedua-dua belah kaki seluar tadi dengan ketat
  • Gantungkan hujung kaki seluar ke leher anda
  • Pastikan zip seluar ditutup dan menghala ke bawah
  • Tepuk permukaan air sebanyak beberapa kali untuk menghasilkan buih sambil membuka bahagian pinggang seluar supaya buih boleh terperangkap didalam seluar
  • Tutup bahagian pinggang dengan kedua belah tangan
  • Kalau yakin dengan arah menuju ke darat, kayuh dengan kaki
  • Buat langkah dia atas sekali lagi bila udara didalam seluar berkurangan
  • Dan terakhir, jika tidak pasti dimana arah menuju ke darat, berdoalah banyak-banyak agar ada orang yang akan menemui anda
Untuk panduan visual, sila tonton video yang saya sediakan dibawah ini:


Bagi yang sedang memakai seluar/skirt pendek, maaf saya belum terjumpa lagi teknik mengapungkan diri tapi nasihat terbaik buat anda ialah, doa banyak-banyak dan cuba berenang perlahan-lahan tanpa banyak menggunakan tenaga

Kongsikan petua ini kepada rakan-rakan anda yang selalu berada berdekatan dengan air supaya lebih ramai orang akan mengetahui teknik mengapungkan diri ketika kecemasan ini. Terima kasih kerana melawat.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.