05 Oktober, 2015

Cara Menyusun Gambar Ke Dalam Blog Menggunakan Kod HTML


Cara menyusun gambar kedalam blog

Kalau dilihat daripada contoh gambar yang diatas, dua gambar disusun (merah & kuning) bersebelahan masing-masing tapi sebenarnya anda boleh letak seberapa banyak gambar yang anda mahu secara sebaris dengan menggunakan kod HTML yang mudah ini.

Didalam ruangan penulisan blog post, anda pilih "HTML" kemudian ikuti langkah berikut:

>> Copy paste kod HTML yang saya sediakan dibawah
<center><table>
<tr><td><img src=URL GAMBAR 1></td>
<td><img src=URL GAMBAR 2></td>
<td><img src=URL GAMBAR 3></td></tr>
</table></center>

>> Letakkan URL gambar anda diruangan yang berwarna biru tadi
>> Untuk mengurang atau menambah jumlah gambar yang ingin anda susunkan sebaris, anda hanya perlu
tambah kod <td> <img src=URL GAMBAR SETERUSNYA></td> dibawah setiap baris.

Sebagai tambahan, anda boleh jarakkan gambar anda dengan menambah text didalam bracket <table> contohnya:

>> tambah cellpadding=JUMLAH PIXEL ataupun cellspacing=JUMLAH PIXEL untuk menjarakkan susunan gambar tadi contoh - <table cellpadding=8

Senang kan? Cubalah, semoga membantu.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.