06 Oktober, 2015

Cara Buat Imej Bertukar Sendiri Bila Tetikus Diapungkan Diatasnya | Rollover Effect


cara buat imej bertukar sendiri

Rollover Effect adalah satu teknik supaya gambar/imej didalam blog anda akan berubah kepada imej lain setiap kali pengunjung meletakkan tetikus/mouse hover diatas imej tadi. Cuba letakkan mouse anda pada gambar diatas.

Teknik ini boleh anda pasangkan dengan mudah kedalam blog dengan hanya menggunakan kod HTML yang saya sediakan dibawah:

<a href=" ALAMAT URL DESTINASI"><img src="URL IMEJ PERTAMA" onmouseover="this.src='URL IMEJ KEDUA'" onmouseout="this.src='URL IMEJ PERTAMA'" /></a>

>> ALAMAT URL DESTINASI << Taip alamat URL yang anda mahu para pengunjung lawat bila klik terjadi keatas imej.

>> URL IMEJ PERTAMA << Alamat URL imej pertama yang dipaparkan sebelum pengunjung meletakkan mouse mereka keatas imej. Salinkannya dua kali.

>> URL IMEJ KEDUA << Alamat URL imej yang akan muncul bila mouse diletakkan keatas imej.

Sebagai tambahan, jika anda ingin URL DESTINASI tersebut dibuka dalam 'new tab', anda boleh tambah kod target="_blank" didalam ruangan href contohnya <a href=" ALAMAT URL DESTINASI" target="_blank">

Selamat mencantikkan blog!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.