11 Oktober, 2015

Kadar Denda Baru Kalau Kad Pengenalan (MyKad) Hilang - RM1000


Berkuatkuasa 15 Oktober 2015, kadar baru bagi kehilangan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) adalah sebanyak RM1000 dan ianya telah disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri (Dasar Keselamatan), Datuk Seri Adenan Abdul Rahman melalui kenyataannya di Putrajaya pada 10 Oktober 2015.

Kadar RM1000 adalah sebagai denda bagi individu yang telah kehilangan MyKad sebanyak 3 kali, dinaikkan daripada kadar asalnya iaitu RM300. Bagi individu yang kehilangan MyKad sebanyak 2 kali pula naik daripada RM200 kepada RM300 dan kadar denda bagi kes kecuaian kehilangan kad pengenalan buat kali pertama kadarnya tidak berubah iaitu RM100.


Pengecualian diberikan kepada orang-orang kurang upaya (OKU), warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, fakir miskin, kes jenayah seperti samun dan ragut, kecurian serta remaja warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun kebawah.

Menurut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah kes kehilangan MyKad akibat daripada kecuaian bagi tahun 2010 hingga September 2015 adalah sebanyak 1,356,135 kes. 

Kadar denda kehilangan MyKad


Komen saya: Kehilangan sesuatu harta benda adalah perkara yang biasa, ianya telah berlaku ke atas manusia semenjak dari zaman batu lagi tetapi jika melihat kepada rekod JPN dari tahun 2010 hingga 2015, 1.3juta kes kehilangan Kad Pengenalan adalah jumlah yang amat besar. 

Tak kira lah kecuaian atau 'ghaib', tetapi jika sampai 3 kali hilang tu memang betul pelupalah si individu tersebut. Jadi senang cakap, jagalah baik-baik MyKad anda tu jangan sampai 'strike three' kerana kadar kenaikan denda nya boleh membuatkan seseorang ikat perut selama sebulan.

Dan yang pastinya juga, nampaknya kerajaan sudah semakin bijak dalam usaha menambah hasil pendapatan negara dengan menggunakan elemen kecuaian rakyat sendiri.

1,000,000 x RM1000 = RM1,000,000,000.00 (dah boleh bayar hutang negara sikit)

Dengan kenaikan kadar tersebut juga, secara peribadinya saya berharap sistem dan kualiti MyKad juga boleh dipertingkatkan kerana selalu juga saya dengar kawan-kawan yang mengeluh MyKad mereka susah untuk digunakan kerana masalah pada 'chip' nya. Jangan harga sahaja yang naik tapi servis dan kualiti masih juga ditakuk lama, seperti kebanyakan kes-kes yang melibatkan perkhidmatan kerajaan.

Anda sudah berapa kali kehilangan MyKad? 


49 comments

Write comments
yinchuun
AUTHOR
12 Oktober 2015 8:30 PTG delete

Bagaimana dengan gantian Mykad yang rosak? Kad ATM RHB saya rosak, pun kena bayar denda kerana mengikut prosedure RHB bank, kita cuai menjaga kad ATM tersebut. Padahal, kad ATM itu sudah lebih 10 tahun guna.

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
17 Oktober 2015 10:47 PG delete

Memang kena bayar dan ikut prosidur, tapi sampai RM1000 tu patut ka? Dah la sekarang ni bermacam jenis cukai nak kena bayar, tol pun baru naik...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 November 2015 10:13 PG delete

BOLEH TAK FIKIRKAN KAMI YANG SUSAH NI...AWK MMG SENANG CAKAP,HILANG JE NAIKKAN DENDA..AWK BANYAK DUIT...JANGANLAH PENTINGKAN DIRI SNDRI..JANGANLAH BEBANKAN KAMI YANG SEMEMANGNYA DA SUSAH...300 PUN KAMI PENING NAK CARI..AWK DUDUK KAT TEMPAT KAMI KALAU NAK TAU...JANGAN TAMBAH BEBAN KAMI..NEGARA LUAR AWK SANGGUP ABES JUTA2 RINGGIT,KENAPA RAKYAT SENDIRI AWK SUSAHKAN...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
21 November 2015 8:21 PTG delete

ko tggu je nnt pilihan raya nnt, jgn harap bn jd kerajaan malaysia lg bangsat

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Disember 2015 7:04 PG delete

Bagaimana kalau kehilangan kad pengenalan buat kali pertama bagi remaja warganegara Malaysia bawah 18 tahun ? Adakah percuma ?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Disember 2015 7:05 PG delete

Bagaimana kalau kehilangan kad pengenalan buat kali pertama bagi remaja warganegara Malaysia bawah 18 tahun ? Adakah percuma ?

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
1 Disember 2015 6:04 PTG delete

Yes, percuma bagi warganegara yang berumur dibawah 18tahun.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Disember 2015 8:41 PTG delete

cdve

Reply
avatar
scha peace
AUTHOR
6 Disember 2015 10:52 PTG delete

My Kad,Kad ATM,Kad Kredit ...selalunya akan sentiasa bersama sama dengan pemiliknya
sama ada dalam wallet atau beg tangan...kebanyakkan kaum lelaki sering menyimpan didalam wallet yang selalunya diletakkan didalam saku seluar dibahagian belakang...oleh itu Pihak yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan My Kad,Kad ATM serta Kad Kredit mestilah PEKA (bukan PEKAK) dalam memastikan kad kad yang dikeluarkan itu berkualiti tinggi dan tahan lasak...apabila rosak...aaa cuai...kena denda...atuk kau!!!!! barang tak kualiti..nak salahkan pengguna...

Reply
avatar
scha peace
AUTHOR
6 Disember 2015 11:01 PTG delete

tengoklaa... system pun tak selaras...sepatutnya hal mcm ni perlu ada satu garis panduan yang standard yg perlu dikeluarkan oleh bank negara...saya guna Bank islam...apabila dah lama...tetiba kad tak boleh guna...saya merujuk kepada pihak bank...saya hanya mengatakan kad tak boleh guna...tanpa sepatah perkataan pun..
dia gantikan dengan yang baru tanpa sebarang bayaran....

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
7 Disember 2015 9:04 PG delete

Setuju! Cuma masalahnya - memang dah STANDARD pun 'organisasi-organisasi; ni..maksudnya asal rosak je cuai, asal rosak je cuai, asal cuai je rosak..hehe

Reply
avatar
7 Disember 2015 1:14 PTG delete

Nak mintak dato seri najib tlg bayar kan denda nie sbb sejujurnya ku tak bisa membayarnya..gaji ciput,mohon bantuan..tq

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
7 Disember 2015 2:11 PTG delete

Mimpi ler nak dia bayarkan, orang kebulur pun dia ambik kisah..hihi

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Disember 2015 1:35 PTG delete

Kalau mykad hilng tapi kita tak mampu byar boleh buat rayuan kan?

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
9 Disember 2015 9:08 PG delete

Kalau kes macam ni saya pun tak pasti, sebab biasanya diorang akan jawab "tak boleh buat apa cik, semua dah dalam sistem komputer" - saya agak2 je laa..mungkin boleh kot ikut hatibudi pegawai :D

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Disember 2015 8:01 PTG delete

alahai..baru saje hari nie kehilangan beg duit.. bukan sebab cuai..tp sbb kena curi..dlm rumah sndri.. tp report polis ..tulis telah didapati hilang di dalam beg galas .. pintu rumah terbuka..
tu kira mcm mna tu?
matilanakk...T.T
NI KALI KE-3..
hbis smua lesap ic,lesen,kdbank,buku asb, roadtax

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
12 Disember 2015 8:37 PTG delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
avatar
Pizzyanax 98
AUTHOR
12 Disember 2015 8:38 PTG delete

Saya hilang ic jugaa,umur di bawah 18,harga tetap RM 110 kee?

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
13 Disember 2015 8:28 PG delete

Pizzyanax 98 ni mesti tak baca artikel ni, takpun tengah korek idong masa membaca, tu yang terlepas pandang/tak faham terus 'tertanya' soalan ni, hahaha...jangan marahh!!

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
13 Disember 2015 8:29 PG delete

Matilanakkkk....lesap RM1000 - takleh nak wat apa dah, KERAjaan dah setting baik punya sistem.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Januari 2016 7:21 PTG delete

Nak tanya. Kalau cip kad rosak brape bayaran. Brape lame pulak nak siap.

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
9 Januari 2016 2:37 PG delete

Hi, tak pasti pulak kalau kes cip rosak berapa bayarannya tapi saya tau tempoh untuk dapatkan MyKAD baru makan masa satu hari je, itupun kena datang awal lah sebab JPN memang sentiasa penuh.

Reply
avatar
Nur Qamariah
AUTHOR
5 Februari 2016 10:14 PG delete

Saya nak tanya , kalau pertama kita hilang ic sebab wallet dicuri dan dah report polis dan dah dapat mykad yang baru . Lepas tu kita hilang lagi sebab kecuaian sendiri dendanya berapa rm ? Adakah dikira RM110 sebab pertama kali hilang sebab kecuaian diri sendiri ? Mohon jawab , sedih dah ni 😭😭

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
12 Februari 2016 7:29 PTG delete

Saya umur 17...da hilang ni kali kedua saya hilang ic..berapa kene bayar ....ade pengecualian tu berapa???

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
18 Februari 2016 4:38 PTG delete

Hai Nur, sorry lama tak ngadap laptop sebab balik kampung cuti takde Internet. Untuk isu Nur ni, agaknya ikutkan apa yang telah ditetapkan...besar kemungkinan tidak akan didenda kerana ia adalah kes jenayah/ragut. Yang penting Nur kena buat repot polis dan bawa repot tu ke Jabatan Pendaftaran untuk dapatkan MyKad yang baru. Harap membantu.

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
18 Februari 2016 4:40 PTG delete

Hai Unknown, untuk yang berumur 18tahun kebawah, tiada denda yang akan dikenakan tetapi dalam laman rasmi kerajaan tak ada pula menyatakan berapa kali free berapa kali baru nak kena bayar. Cuma disebut (18tahun kebawah tidak dikenakan denda, tu je)....

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
18 Februari 2016 4:42 PTG delete

Eh jap Nur, tersilap info. Kalau 'KECUAIAN' tu memang nak kena bayar lah tapi mungkin dikira RM100 saja. Yang hilang kali pertama tu kes jenayah so tak dikira sebagai 'CUAI'

Reply
avatar
Armin Moe
AUTHOR
14 Mac 2016 1:20 PTG delete

kalo remaja umor 15 tahun..dahh 2 kali hilang..percuma or kne byar..mohon pencerahan..kne wat repot x..

Reply
avatar
Hawamayudin
AUTHOR
3 April 2016 4:01 PTG delete

Umur saya 18 tahun 9 bulan hahah baru hilang ic beg semua hilang mungkin tercicir saya dah buat report polis....saya kene bayar 300 ke walaupun saya seorang pelajar f6? err

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
11 April 2016 11:37 PTG delete

Maaf lambat reply, agak sibuk kebelakangan ni sampai tak menulis terus. Pada pemahaman saya, anda tak perlu bayar kompaun jika ianya kes jenayah, janji ada salinan laporan polis. Kecuaian lain cerita.

Reply
avatar
Yuss Roslan
AUTHOR
22 Mei 2016 7:51 PTG delete

Tumpang tanya. Betul ke tak payah bayar untuk warganegara 18 tahun ke bawah walaupun kehilangan buat kali kedua? masa kehilangab kali pertama kenapa kami diminta untuk bayar denda jugak?

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
25 Mei 2016 1:09 PTG delete

Mengikut kepada kenyataan yang dikeluarkan, 18thn kebawah tak perlu bayar sebenarnya. Tapi kalau Yuss dikenakan bayaran jugak, mungkin ada 'glitch' dengan pegawai yang bertugas. Saya syorkan Yuss pergi JPN untuk pengesahan.

Reply
avatar
Ammir Rahim
AUTHOR
30 Mei 2016 3:32 PTG delete

Sye nk tnya... Kali pertama , ic sye hilang atas sbb kcurian..sye dh buat laporan polis. Denda tidak prlu byr.. Yg kdua, ic sye hilang akibat kcuaian.. Skiranya sye hilang kali seterusnya akibat kcuaian, adakah sye prlu bayar 200 atau 1000... Sbb, dlm undang tertulis 3 kali hilang atas sbb KECUAIAN... Mohon pencerahan...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Ogos 2016 3:26 PG delete

Saya baru dompet termasuk mykad & kad bank.. rasanya kali ke 3..saya xmampu nk bayar 1000..bolehke bust rayuan atau bayar ansuran

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
10 Ogos 2016 8:33 PG delete

Agaknya boleh, tapi kena tengok la atas alasan apa dokumen-dokumen tu hilang.

Reply
avatar
Mohammad Ali
AUTHOR
10 Ogos 2016 8:34 PG delete

Saya rasa dengan membuat salinan laporan polis untuk kehilangan kali pertama dan ditunjuk kepada pegawai JPN, mungkin anda akan dikenakan caj kehilangan buat kali pertama sahaja.

Reply
avatar
Yyaya Delle22
AUTHOR
29 Ogos 2016 5:09 PG delete

Nak tanya kalau kite buad ic then dia bagi kita salinan ic masa nk tunggu ic tuu siap . tapi salinan ic tuu hilang . mcm mana yea nk g amik ic tuu ? Or nk kena buad baru jea ?

Reply
avatar
15 Oktober 2016 11:43 PTG delete

Nak tnye sye berumur 17 , kalau 3x hilang ic berape kene denda ? Boleh bagi tahu , takan lah 1000 ����

Reply
avatar
18 Oktober 2016 4:51 PG delete

Hallamakkkk...!!! aku ingat 4-5ratus je... tu pun dh 6bln xdak ic... inikan pulak 1***...!!!!
Bro..!! Tolong buat derma kilat... sesak giler... bagi mkn anak bini gi baik... anak ke7 dlm perut tu pun terkejut ngan denda gila ni... nk wat cmna... wallet kena sapu kt tmpat keja..������

Reply
avatar
Azwan Razak
AUTHOR
26 Oktober 2016 7:33 PTG delete

rm1000.. biar xpayah ad mykad.. pakai surat beranak je.. habis semua benda nak naik.. agak² lah..hutang dah banyak sangat dah ke sampai semua nak tekan kat rakyat??

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
9 November 2016 3:57 PTG delete

ni hilang ic...xboleh bayar duit bg makanan anak.. kluar rumah beli makanan anak.. kena tangkap polis sbab xda ic .. meringkup dlm lokap anak tbiar kat rmh dah lah kelaparan.. Haha.. mati lah

Reply
avatar
Muhd Yahya
AUTHOR
17 Januari 2017 1:26 PTG delete

Ade lagi ke bende free kt malaysia ni, sedangkan masuk tandas pon kne bayar.

Reply
avatar
Jason mbad
AUTHOR
25 Januari 2017 8:15 PG delete

tarikh bayaran denda dinaikkan pada 15 oktober 2015,kalau perna hilang mykad pada tahun sebelumnya.contoh jika perna hilang 2 kali pada tahun 2012 dan sekali 2016 akan dikira 3 kali dan kena bayar 1000?ini tak patut..mati la rakyat....kehilangan sebelum 15 oktober 2015 sepatutnya tak bole diambil kira,jangan la terlampau cekik dara oi.....,

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
22 Jun 2017 12:27 PG delete

Dah buat report polis tp reason report cicir/hilang , tetap rm100 ?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 September 2017 2:49 PTG delete

Pengecualian diberikan kepada orang-orang kurang upaya (OKU), warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, fakir miskin, kes jenayah seperti samun dan ragut, kecurian serta remaja warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun kebawah.

Reply
avatar

Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.