03 Oktober, 2015

Cara Hidang Sosej Yang Sedap Untuk Minum Petang - Popia Sosej Keju


Seminggu saya 'bercuti' daripada menulis dalam blog Atas Talian ni, hari ni saya buat keputusan untuk kembali semula ke meja editor. Tetapi tak tahu nak tulis tutorial apa lagi sebab ilham tak sampai-sampai. Jadi saya merayau lah kejap di Facebook dan terserempak dengan video penyediaan makanan ringan ni.

Sosej - atau HotDog, makanan 'segera' yang diminati ramai. Tertarik dengan cara penyediaannya, saya kongsikan juga disini supaya anda boleh juga cuba buat sendiri, sesuai sebagai menu minum petang dirumah, disajikan bersama kawan-kawan.

Bahan-bahan yang diperlukan teramatlah ringkas dan boleh didapati dikedai-kedai tempatan. Anda cuma perlukan kulit popiah, sosej mengikut citarasa, keju kisar, sedikit minyak dan perut yang lapar.

Lihat video dibawah ni untuk cara-cara menyediakan 'Popia Sosej Keju' ni tadi:


Mudahkan? Cubalah buat sendiri, kalau hidang buat pasangan kekasih masing-masing tu pasti makin cair dan makin sayang mereka kepada anda ;)

Itu popia, apa kata kita baca tentang ayam pulak, ha yang ni cerita ayam McNuggets yang tidak disembelih. Sejauh mana kebenarannya itu saya tak tahu lah, sekadar berkongsi apa yang saya temui didalam Internet ni.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.