26 Julai, 2016

8 Sebab Seseorang Boleh Jatuh Cinta Dengan Anda


Kita selalunya susah untuk menghuraikan bagaimana kita boleh jatuh cinta dengan seseorang, tetapi ada banyak kajian yang telah dilakukan untuk menjawab persoalan ini. Ada kajian yang menyatakan bahawa unsur sosial dan budaya banyak mempengaruhi faktor dua insan jatuh cinta tetapi sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa hati tu boleh jatuh :P

Ketinggian, bau badan, rupa paras, saiz dompet; antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita tertarik dengan si dia.

Jatuh cinta selepas berkahwin? Itu kita cerita di catatan lain ya kerana dizaman moden ini, boleh dikatakan agak jarang kita dengar kes sebegini - jadi topik yang satu ni kita ketepikan dulu, nanti rajin - ada masa - saya tulis lagi.

Dibawah, saya senaraikan 8 faktor-faktor dua insan boleh jatuh dalam cinta (fall in love) dan mungkin perkara-perkara dibawah ni ada kaitan dengan anda yang sedang membaca. Jadi bagi yang masih single tu - have faith.


Hobi yang sama

1- Manusia terdorong untuk jatuh cinta dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama. Pemahaman yang sama, pengalaman hidup, penampilan dan umur malahan hobi yang sama juga boleh membuatkan kita tertarik dengan si dia. Selalu je kita dengar kisah cinta "kami mengenali masing-masing semasa menyertai program gym yang dianjurkan oleh blog Atas Talian" - sebagai contoh.
..............
Wajah seiras

2- Kalau anda berusaha untuk 'mengorat' si dia, cuba kaji penampilan ibu-bapa orang yang anda minat. Contoh; ibu dia mempunyai rambut berwarna ungu, cuba anda 'ungu'kan sikit rambut (kat hujung-hujung tu pun cukup). Ini kerana, secara psikologinya, kita tertarik dengan perkara-perkara yang dekat di hati kita. Kalau mak kita tak dekat di hati, anda boleh dipersilakan terjun lombong.
..............

bau badan memikat

3- Kajian juga membuktikan bahawa bau badan adalah punca utama seseorang boleh jatuh cinta. Tahukah anda bahawa setiap seorang, saya ulangi - setiap orang mempunyai bau yang berbeza. Cuma kita manusia agak beruntung sebab kita tak perlu hidu bau orang tu untuk mengenali siapa dia. Cuba bayangkan jika kita semua ni ayam, atau kucing, atau ikan masin. Muka semua sama je kan? Lagi satu, orang badan bau tengik pun ada couple tau, ko rasa?
..............

abang sado

4- Setiap kali anda berjalan, apa yang tengah berlaga dalam kepala? Tanpa disedari, postur badan anda sebenarnya memainkan peranan kepada mereka yang melihat. Bukan maksudnya postur badan yang betul (yang betul macam mana ya?) akan membuatkan orang jatuh cinta tetapi setiap orang ada kesukaannya tersendiri. Kalau anda bongkok unta pun dan pastinya ada yang meminati struktur badan sebegini - tak mustahil si dia akan datang minta nombor henfon.
..............

pasangan pendek

5- Ketinggian juga memainkan peranan yang besar. Bukan maksudnya hanya orang yang tinggi sahaja yang layak diminati - maksud saya - orang tak pernah tanya "berapa kependekan awak?" betul tak? Soalan lazim ialah "berapa ketinggian awak?" Ketinggian berkait rapat dengan perkara-perkara diatas tadi.
..............
Baca Juga - Cara Simpan Duit Dengan Berkesan

kursus menyelam

6- Berkongsi minat atau hobi yang 'menggerunkan' juga penyebab kenapa orang boleh jatuh cinta dengan awak. Katakanlah - Payung Terjun - dia minat awak pun minat, dia tau awak berani, dia pun berani so boleh lah 'click'. Tapi secara am-nya, kalau anda mempunyai hobi sukan ekstrim sebegini, tentu ramai peminat, tak susah lah cari pasangan.
..............

teman sepejabat

7- Jika anda dan si dia tinggal di kawasan yang berdekatan - ini juga penyumbang kepada kes jatuhnya cinta :). Tetapi ia tidak terhad kepada kawasan kediaman yang dekat, bekerja dikawasan yang berdekatan juga boleh jadi penyumbang besar lagi-lagi kalau satu pejabat. Nak tak nak kena berselisih juga, dengan melayan karenah dia, ditambah lagi dengan faktor-faktor yang diatas tadi - hmmmmmmm
..............


senyuman manis

8- SENYUMAN! Ini tidak disangkal lagi, tahukah anda bahawa hanya dengan mengukir senyuman, akan ada insan-insan diluar tu yang bakal cair. Setiap manusia mempunyai senyuman yang berbeza: bukan senyuman palsu tetapi senyuman asli anda. Walaupun gigi dia berterabur tetapi senyumannya manis, NORA DANISH pun terpikat.
____

Rumusan - Seperti yang kita tahu, perkara-perkara yang melibatkan PERASAAN ni memang sesuatu yang susah untuk kita huraikan secara tepat melalui penulisan dan rujukan saintifik. Sebaiknya, biarlah kita jatuh cinta dengan mereka yang sesuai, memahami, boleh meng-adaptasi dan menerima seadaanya.

Pesanan saya kepada mereka-mereka yang belum mempunyai pasangan, jangan gundah - ada yang merati :P Maksud saya, anda ada kualiti, cuma mungkin belum ada yang memerhati atau mungkin anda terlalu malu untuk 'mempersembahkan' kualiti anda.

Pengalaman saya sendiri - saya jatuh cinta dengan senyuman dia yang "adoiyai"....





Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.