17 Julai, 2016

Sakit Kepala | Punca Dan Petua Rawatan


Kebanyakan kita akan mengalami sakit kepala, dari yang 'ringan' hinggalah sakit kepala yang buat kita nak hantuk kepala ke dinding. Rawatan dan cara mengubatinya juga adalah berlainan bergantung kepada jenis pening atau sakit kepala yang kita alami dan disini saya ingin kongsikan sedikit petua merawat sakit kepala yang ringkas, berkesan dan boleh diamalkan dimana-mana saja.

Cara Merawat Sakit Kepala
1. Makan ubat sakit kepala yang boleh didapati dimana-mana farmasi. Kebiasaannya ubat-ubatan akan mengambil masa 1 hingga 2 jam untuk memberikan kesan oleh itu dinasihatkan supaya mengambil ubatan ini sebaik sahaja anda mengalami simptom sakit kepala. PANADOL adalah ubat yang paling sinonim dengan masalah pening/sakit kepala tetapi harus juga saya tekankan bahawa jangan terlalu bergantung-harap dengan ubatan semata setiap kali sakit kepala: takut jadi ketagih pula disamping kesan-kesan sampingan lain, melainkan ianya dinasihatkan oleh doktor anda. Ubatan yang diambil terlalu kerap juga membuatkan tubuh kita menjadi lali sejurus membuatkan kita terpaksa mengambil dos yang lebih ataupun beralih kepada ubatan lain yang lebih kuat (dalam kata lain, lebih mahal lah kan?!) Sebaiknya, minta nasihat daripada doktor untuk membantu anda mengawal pengambilan ubat-ubatan moden ini.


2. Ketahui bila untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor apabila sakit kepala anda mempunyai simptom-simptom lain. Ini mungkin petanda kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti angin ahmar, encephalitis (radang otak) atau meningitis iaitu infeksi pada selaput pelindung yang menyelimuti otak dan saraf tulang belakang. Dinasihatkan juga untuk menghubungi doktor sesegera mungkin jika sakit kepala yang anda alami mengandungi simptom-simptom seperti berikut:
  • Mengalami masalah melihat, berjalan atau bercakap
  • Kekejangan dibahagian leher/tengkuk
  • Mual atau muntah-muntah
  • Demam panas
  • Pengsan
  • Masalah menggerakkan sebelah anggota badan
  • Berasa letih yang teruk, kaku atau kebas
  • Juga untuk menghubungi doktor jika sakit kepala yang kerap, ubatan sudah tidak memberikan kesan atau kesukaran untuk bergerak seperti biasa

3. Gunakan Kafein dengan berhati-hati. Pengambilan Kafein sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan sakit kepala tetapi ia juga boleh menyumbang kepada sakit kepala itu sendiri apabila diambil secara berlebihan dan juga bila anda terlalu bergantung kepadanya.
  • Hadkan penggunaan Kafein sebagai rawatan kepada tidak lebih daripada 2 kali seminggu. Semakin kerap ia diambil, tubuh kita akan mula bergantung-harap (ketagih) dan pengambilan berterusan boleh menyumbang kepada Migraine. Jika anda peminum kopi tegar dan berhenti mengambilnya secara mendadak - sakit kepala adalah kesan sampingan yang paling ketara.
  • Jika sakit kepala anda datang menyerang dengan terlalu kerap, pengambilan Kafein sebaiknya diberhentikan sama sekali.

4. Banyakkan minum air. Penyahhidratan adalah salah satu penyumbang kepada sakit kepala terutama sekali bila anda baru saja lepas muntah ataupun mengalami 'hangover' iaitu kesan daripada pengambilan alkohol. Minum segelas besar air bersih sebaik sahaja anda merasakan kepala mula sakit dan teruskan dengan minum sedikit-sedikit sepanjang hari dan sakit kepala anda akan beransur reda.
  • Untuk lelaki, minum sekurang-kurangnya 13 gelas (3 liter) air sehari. Untuk perempuan pula, minum sekurang-kurangnya 9 gelas (2.2 liter) sehari. Anda juga digalakkan untuk minum lebih jika anda melakukan senaman, berada dikawasan yang panas, ada penyakit yang selalu membuatkan anda muntah-muntah atau cirit-birit dan juga jika anda adalah ibu yang masih menyusukan anak.
  • Elakkan meminum air yang terlalu sejuk ketika sedang mengalami sakit kepala. Air yang terlalu sejuk boleh menyumbang kepada Migraine kepada sesetengah orang. Air yang bersuhu bilik adalah yang paling sesuai untuk diminum.

5. Cari tempat yang senyap dan gelap untuk berehat. Kalau boleh, cuba untuk baring dan berehat untuk sekurang-kurangnya 30minit. Tutup tingkap, tutup lampu dan fokus dengan pernafasan. Petua begini amat berkesan untuk membantu kita berasa tenang lantas mengurangkan sakit kepala.
  • Kalau tak ada tempat yang cukup gelap dan senyap untuk berehat, boleh saja duduk di kerusi yang sedia ada tapi minta rakan-rakan atau sesiapa untuk senyap sedikit buat seketika untuk membantu anda meredakan pening kepala.
  • Bila berehat tu, elakkan bermain handphone kerana cahaya skrin handphone boleh menambah sakit kepala. Sebaiknya ambil 'power nap' dalam 10-15minit.

6. Urut muka dan bahagian atas kepala. Khususnya bila anda mengalami sakit kepala kerana tekanan/stress, urutan ringan boleh membantu peredaran darah sekaligus melegakan sakit kepala. Sakit kepala akibat stress biasanya berpunca daripada beberapa perkara contohnya postur tubuh yang tidak betul atau kekejangan otot.
  • Letakkan ibu jari ditepi kepala (bahagian lembut diantara telinga dan tepi mata), urut dengan perlahan dan berikan sedikit tekanan dan buat urutan secara membulat.
  • Secara perlahan urut bahagian batang hidung, ini juga membantu melegakan penyakit resdung dan Migraine.
  • Buat urutan kepala, mandi dengan menggunakan air panas. Letak syampu dan ambil masa yang lebih lama untuk membuat urutan semasa membersihkan rambut. 






Ada banyak lagi teknik-teknik dan petua untuk merawat sakit kepala yang boleh anda cari dalam Internet ni, apa yang saya senaraikan diatas tadi adalah petua-petua 'ringkas' dan mudah dipraktikkan. Untuk membuat kajian yang lebih mendalam mengenai topik ini, anda boleh lanjutkan carian di Google dengan mengisi topik yang dikehendaki kedalam kotak 'Search' dibawah ini untuk tips atau petua yang lain.

Semoga penulisan diatas sedikit sebanyak membantu anda mengurangkan sakit kepala dan jika anda mempunyai tips atau petua lain yang nak dikongsi, sila tinggalkan buah fikiran anda diruangan komen dibawah untuk manfaat pembaca semua.

Terima kasih dan sihat-sihat selalu.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.