08 Julai, 2016

Syukurlah Malaysia Masih Aman | Kes Tembak Mati


Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu lagi kes tembakan ala-mafia yang berlaku di Taman OUG, Klang Lama. Seorang wanita berusia 32 tahun telah ditembak mati sementara anak perempuannya yang berusia 8 tahun cedera parah kerana terkena salah satu daripada tembakan pelaku.

Menurut siasatan awal pihak polis, punca kejadian adalah kerana pasangan si-mati dengan suami terlibat dengan aktiviti Skim Cepat Kaya (Pyramid Scheme) di China. Siasatan masih dijalankan

Tapi saya bukanlah pemberita atau penyiasat yang aktif mengikuti perkembangan kes ni, sekadar Rakyat Malaysia yang 'terkejut' dengan fenomena kejadian tembak-menembak yang semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Kes Tembak Mati Semakin Berleluasa Di Malaysia

Kes Tembakan Di Kuala Lumpur

Malaysia & Pistol

Perasan tak semenjak kebelakangan ni ada saja kes-kes tembak mati ala-mafia yang berlaku di Malaysia? Tak lama sebelum ni pun kita dah digemparkan dengan kes pembunuhan Bill Kayong (Ahli PKR Sarawak) yang ditembak mati semasa sedang berhenti di lampu isyarat di Miri, Sarawak. Tak lupa juga kes tembak seorang eksekutif syarikat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, cuma yang ini mangsanya masih hidup dan siasatan juga masih dijalankan.

Semua kes ni berlaku dalam masa yang amat singkat dimana dalam masa 2 bulan saja kita dah disajikan dengan beberapa berita kes tembakan dan cubaan membunuh.

Semua kes-kes ini berlaku tidak lama selepas hebohnya cerita anak perempuan kepada Ketua Polis Negara yang mempunyai lesen/bisnes menjual senjata api/pistol.

Tetapi agak kurang tepat jika kita menuding jari kepada anak IGP kerana bukan itu satu-satunya sumber untuk memperoleh senjata api.

Thailand, Filipina, Indonesia adalah antara negara-negara jiran yang terdekat dengan kita dan seperti yang kita maklum, negara-negara ini mempunyai kadar jenayah yang lebih tinggi. Kes senjata api daripada negara-negara jiran ini juga jauh lebih banyak daripada Malaysia.

Jadi tidak mustahil pistol-pistol ini diseludup masuk ke negara kita. Tidak mustahil juga jika pembunuh-pembunuh upahan ini juga dari kalangan warga asing yang dengan senang hatinya menerima  'job' daripada individu-individu tertentu.


Situasi Politik & Ekonomi Semasa

Adakah trend tembak-menembak ini ada kaitan dengan situasi politik atau ekonomi semasa negara/dunia? Itu adalah soalan yang hanya orang-orang tertentu sahaja mampu jawab. Tak kurang juga yang membuat spekulasi sendiri. Dan kita hanya mampu membaca tanpa perlu mempercayainya 100 peratus tanpa bukti.

Dah lah, tulis panjang-panjang nanti merebak ke 'membuat spekulasi sendiri' pulak :P, cuma satu ungkapan lazim sahaja untuk mengakhiri post kali ini - Syukurlah Malaysia Masih Aman! 


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.