09 Ogos, 2016

Demam Pokemon GO - Apa Yang Perlu Anda Tahu


Permainan Pokemon asal, Pokemon Red dan Pokemon Green Versions, diperkenalkan melalui konsol permainan Nintendo Game Boy di Jepun pada 27 Februari 1996. Permainan ini adalah buah fikiran Satoshi Tajiri yang mengidamkan semua orang tidak kira jantina atau umur untuk menangkap, melatih dan juga menukar-milik 151 jenis raksasa dan seterusnya menjadi Pokemon Master.

Pada tahun 2016 ini pula, versi baru Pokemon telah diperkenalkan untuk peranti iOS & Android - dibina oleh Niantic Labs dan dinamakan Pokemon GO.

Ianya telah pun menjadi kegilaan orang ramai di Jepun dan beberapa negara barat kerana versi baru ini yang mempunyai jalan permainan yang lebih interaktif. Kalau versi asal Pokemon adalah untuk membesar dan melagakan raksasa melalui peranti khas, kali ini Pokemon GO membolehkan sesiapa sahaja yang menggunakan iPhone atau mana-mana telefon Android untuk memuat-turun aplikasi ini.

Saya tulis artikel ni bukan nak tunjuk cara main Pokemon GO ataupun berkongsi tips tetapi mengenai isu-isu yang sedang hangat dibincangkan semenjak Pokemon GO menjejakkan 'kakinya' ke Malaysia.

Pokemon GO Malaysia


Pokemon GO Diharamkan Di Malaysia

Walaupun belum diisytiharkan secara rasmi bahawa Pokemon GO ini haram bagi umat Islam di Malaysia, kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ini jelas memberikan gambaran bahawa Pokemon GO bakal berdepan pengharaman atas dasar 'kemudaratan' dan 'kemaslahan'.

Apa yang saya boleh fahami daripada pandangan para ulama ini kerana cara permainan Pokemon GO ini dimainkan dimana kita perlu keluar pergi ke tempat-tempat  terbuka untuk mencari raksasa, tempat beribadat juga tidak ketinggalan sebagai lokasi mencari Pokemon.

PokeStop adalah lokasi dimana kita boleh mendapatkan barangan untuk melanjutkan hayat bermain Pokemon GO ini dan beberapa video telah dimuat-naik ke YouTube yang membuktikan bahawa masjid adalah salah satu daripada lokasi 'favorite' untuk PokeStop.

Selain itu, penjelasan yang paling mudah yang saya boleh fahami berdasarkan kenyataan Mufti tadi ialah, sekarang makin ramailah kita tengok anak-anak muda ke masjid, tapi bukan nak solat! Nak tangkap raksasa rupanya.

Tonton video dibawah ini (Indonesia) dimana mereka sedang mencari raksasa di kawasan masjid.


Mungkin ada unsur konspirasi tapi itu saya serahkan kepada mereka untuk menyiasat dengan lebih lanjut berkenaan dakwaan bahawa tempat beribadat 'sengaja' dijadikan PokeStop.

Pokemon GO Membahayakan Keselamatan Pemain-Nya

Okay, yang ini saya setuju 'sedikit' - zaman moden ni, orang ramai dah tak tengok kedepan kalau berjalan, mereka akan tengok skrin telefon. Betul tak? Sedangkan yang tengah menunggang motosikal pun boleh taip mesej, apa lagi yang duduk selesa dalam kereta.

Isu-nya ialah, bila kita dah terlalu fokus untuk mencari raksasa tu, boleh saja kita ni pergi ke tempat-tempat yang bahaya. Maksud saya tempat-tempat bahaya ialah bila kita 'tak sedar' kita pergi ke tempat yang sunyi dan ada yang memerhati/mengekori seperti apa yang berlaku di negara barat. Tonton video dibawah ni sebagai contoh apa yang manusia sanggup buat demi mencari raksasa Pokemon GO.


Bukan sekadar kena tikam pun taknak pergi hospital, pembaca berita yang sedang 'Live' pun boleh terganggu. Dahsyat! Ini dah kategori obses!

Walaupun sekiranya Pokemon GO ini tidak di-isytiharkan haram di Malaysia, harapnya tidak ada lah kedengaran kes-kes pelik sebegini. (yeah right!)

Kebaikan Pokemon GO

Manfaat bermain Pokemon GO ini pula adalah kita diperlukan untuk keluar berjalan ke tempat terbuka untuk mencari raksasa. Secara tak sengaja kita keluar bersenam.

Kalau Permainan Video atau 'Video Game' sering digambarkan sebagai seorang yang gemuk, tidak sihat, anti-sosial, pemalas dan _____________ (isi ruang kosong), nah! Pokemon GO ini membuatkan si pemainnya berjalan dan bergerak mencari raksasa diluar.

Ada ketikanya anda perlu pergi ke tempat-tempat yang tidak pernah anda pergi contohnya (positif sahaja ya), monumen-monumen atau tempat bersejarah yang anda cuma tengok dalam TV sahaja, taman-taman awam dimana anda akan bersosial dan berkenalan dengan orang ramai (pemain Pokemon GO juga).

Rumusan:
Apa yang saya tulis di atas tadi hanyalah berdasarkan pemahaman saya sendiri mengenai aplikasi Pokemon GO ini, saya sendiri belum muat-turun dan juga tak mahu cuba bermain permainan ini, kerana takut ketagihan. Saya pernah ketagihan bermain PES di PlayStation, banyak masa saya dihabiskan bermain Game hingga banyak yang saya abaikan disamping masa yang terbuang jadi saya nekad untuk tidak lagi bermain permainan video (henfon saya pun tak ada game, tau?!)

Walau apa pun, jika aplikasi Pokemon GO ini digunakan dengan bijak, ianya boleh dijadikan sebagai bahan hiburan yang menarik tanpa menjejaskan keselamatan sendiri atau orang lain. Haram atau tidak, itu kita serahkan kepada ulama-ulama untuk berbincang.

Kalau diharamkan sekalipun, boleh sekat ke muat-turun dari Apps Store/Play Store?.

Apa pandangan anda mengenai demam Pokemon GO ini? Dah download? Jangan tipu!


1 comments:

Write comments
Tanpa Nama
AUTHOR
10 Ogos 2016 9:46 PG delete

Macam orang gila ade jgak aq tgk dorg2 yg maen mnatang ni. Tkde mende lain len yg lg elok ke???

Reply
avatar

Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.