20 November, 2016

Pendapatan Sampingan Dengan Bisnes Bakeri Dari Rumah


Dalam era moden ini, ada banyak cara untuk menjana pendapatan baik sepenuh ataupun separuh masa. Yang bestnya pulak, kebanyakan aktiviti/bisnes ini boleh dibuat dari rumah. Saya pernah menulis satu artikel mengenai cara mendapatkan pendapatan Internet dengan cara berkongsi artikel di media sosial. Kali ini saya ingin kongsikan satu lagi cara buat duit secara online.

Entry kali ini saya tujukan khas buat suri rumah/golongan isteri kerana kita akan cuba untuk memulakan bisnes dari rumah dengan bisnes bakeri. Ramai je kaum lelaki yang pandai buat biskut atau kek ni tapi golongan housewife lebih ramai dari househusband kan.

Buat duit dengan jual kek

Selain daripada membuat biskut ataupun kek untuk dijual, ada banyak lagi makanan yang boleh anda buat untuk dijual, ikut kreativiti anda sendiri. Zaman sekarang ni macam-macam jenis makanan dah yang direka dengan bermacam-macam nama yang ada jadi apa salahnya kalau anda juga mencipta resepi anda sendiri untuk dijual, untung sabut timbul. Sebelum tu, saya tunjukkan video kat bawah ni contoh makanan favorite saya, boleh juga dijadikan idea bisnes.


Air liur meleleh ni tapi takpe kita teruskan dengan topik asal kita iaitu memasang niat untuk menjana pendapatan sampingan dengan bisnes bakeri dari rumah. Anda juga boleh mendapatkan/membaca penjelasan secara komprehensif, cuma perlu klik banner dibawah ni.

E-book panduan bisnes bakeri dari rumah ini menghuraikan dengan terperinci perkara-perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum terjun ke bidang bisnes dari rumah.

Nik Roslin Nik Men adalah penulis eBook ini dan diantara butiran yang beliau sentuh sebagai contoh adalah kuih apa yang nak dibuat, berapakah harga yang perlu anda letak, cara pengiraan kos produk, apakah peralatan yang diperlukan hinggalah kepada kaedah-kaedah untuk mempromosikan produk hasil resipi anda yang unik itu tadi.


Klik pada banner dibawah ini untuk mendapatkan eBook Bisnes Bakeri 

Bisnes bakeri dari rumah


Tapi seperti yang anda ketahui, apa-apapun yang kita buat, ianya akan jadi seronok dan berbaloi jika ianya dibuat berdasarkan minat. Tidak juga bermaksud kita tiada minat buat bakeri jadi kita tak layak bisnes bakeri - cuma bila kita buat sesuatu berdasarkan minat tu, jadi lebih sedap kot kek tu :P

Jika anda memulakan bisnes bakeri ni dan adalah juga kali pertama anda cuba buat kek, mungkin akan memakan masa untuk memahami kaedah pembuatan kek disamping teknik-teknik bisnes yang perlu anda kuasai.

Tapi, saya ulangi - tidak ada alasan yang kukuh yang mengatakan kita tidak boleh menjadi pakar dalam sesuatu bidang itu jika tidak ada minat, cuma perlu letak usaha yang lebih gigih dan kita konsisten melakukannya.

Ok, ada banyak lagi yang anda perlu baca dan fahami melalui ebook tadi jadi saya rasa saya dah jelaskan seringkas yang mampu untuk anda mendapat sedikit pemahaman bahawa dengan bisnes bakeri dari rumah ini, anda mampu menjana pendapatan sampingan. Insyaallah, murah rezeki anda boleh convert jadi bisnes sepenuh masa dan mengubah ekonomi keluarga, Aminn.

Klik saja banner kat atas tu untuk mendapatkan eBook panduan komprehensif ataupun anda boleh klik pada pautan ini -> Bisnes Bakeri Dari Rumah Buat Golongan Isteri / Suri Rumah

Sekali lagi saya doakan anda akan memulakan langkah pertama tersebut dan semoga entri kali ini ada punca titik perubahan ekonomi anda. Saya turut berbangga :D


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.