18 November, 2016

Tips Kebersihan Peribadi Terbaik


Saya tahu pembaca semua akan terasa seperti budak-budak kembali apabila membaca tips yang sebegini tetapi serius - disini saya kongsikan tips-tips kebersihan diri yang saya rasa kita semua boleh cuba praktikkan. Sebelum kita mulakan, ingin saya perjelaskan terlebih dahulu bahawa apa yang ada dibawah ini nanti adalah didapatkan daripada sumber-sumber yang kononnya boleh dipercayai (hahaha).

Maksud saya, ada logiknya apa yang akan kita baca sebentar lagi tanpa ada bukti dari segi saintifik. Kalau anda rasa ada yang tidak betul, sila betulkan dan catitkan sekali rujukan yang mengatakan ianya tidak betul agar bermanfaat buat semua ya.

Cara mandi dengan betul

  • BERSIN - Apabila bersin, tujukan ke siku anda. Selalunya kita bersin dengan menutup mulut dengan telapak tangan tapi lepas tu ada cuci tangan tak? Kalau anda cuci tangan eloklah tapi tangan orang lain yang awak salam tu? Hihihi.... Siku kita adalah tempat yang jarang bersentuhan dengan orang lain jadi agak praktikal la ni kan?
  • TANDAS - Cuci tangan anda setiap kali selepas menggunakan tandas. Ye saya tau ini nasihat yang paling cliche sekali tapi ada je yang kat luar tu jenis tak reti nak cuci tangan. Lepas selesai 'tugas' terus keluar, itu tak kira lagi betapa kotornya tombol pintu tandas tu yang kita pegang setelah beratus-beribu orang yang tak cuci tangan memegangnya - eewwww!!!
  • TELINGA - Tolonglah cuci belakang telinga tu bila mandi. Belakang telinga adalah salah satu tempat yang paling jarang diberikan perhatian apabila mandi, ini akan menyebabkan terhasilnya bau yang agak kurang menyenangkan.
  • PEWANGI - Dengan menyembur pewangi (perfume) ke celah ketiak, badan, dada, kaki atau mana-mana bahagian badan tidak akan membuatkan anda berketerampilan bersih dan segar! Hahaha.... - Ini kes malas ni, tapi yang merasa wanginya cuma kita saja manakala orang lain pula akan terhidu bau pewangi kita DAN juga bau tak mandi tu, jadi faham-faham lah ye.
  • MULUT BERBAU - Jika mulut anda masih juga berbau walau macam mana tegas nya anda menjaga kebersihan diri, anda harus mempertimbangkan pemeriksaan penyakit TONSIL.
  • KAKI - Bila mandi tu jangan lupa celah-celah jari kaki dibersihkan juga, ini adalah salah satu bahagian anggota badan yang jarang sekali diberi perhati. Asal mandi je cukup sentuhkan sabun kat bahagian jari kaki - kira okey lah tu. Padahal sebenarnya apa yang patut kita semua buat ialah dengan menggosok dengan sebaiknya bahagian celah kaki. Disitu kuman suka lepak nge-teh tau tak?
  • CARA MANDI - Gunakan sabut,span ataupun yang sewaktu dengannya apabila mandi. Jangan hanya gosokkan sabun sampai berbuih satu badan sahaja. Penggunaan alatan mandi ini mampu membersihkan badan daripada kotoran dan juga bendasing yang melekat dibadan berbanding dengan hanya membasahkan badan dan gosok dengan sabun. Tau tak?
  • LAPIK TILAM - Tukar lapik tilam dan bantal anda sebaiknya seminggu sekali. Ia amat membantu mengelakkan daripada rambut dan badan secara keseluruhannya berbau serta mencegah 'jerawat' pada tubuh badan.
  • KAKI BERBAU - Jika kaki anda jenis yang mudah berbau, amalkan dengan mencuci kaki anda dengan air kencing anda sendiri ketika mandi. Air kencing mampu membunuh kuman yang menyebabkan kaki berbau TETAPI jangan pula lupa untuk membersihkan kaki anda sebaiknya selepas 'upacara' ni tadi.
Anda ada petua dan tips-tips yang ingin dikongsi? Tinggalkan petua anda dalam ruangan komen dibawah untuk tatapan pembaca lain. Semoga membantu.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.