14 November, 2016

Kejadian Aneh Ular Memakan Diri Sendiri


Video dibawah menunjukkan seekor ular sedang menelan ekornya sendiri, kejadian aneh ini telah dirakam oleh seorang lelaki didalam sebuah kedai haiwan peliharaan diluar negara.

Sebelum kita mengaitkan kejadian pelik ini dengan kuasa mistik ataupun yang sewaktu dengannya, mari kita cuba fahami kenapa ular ini cuba 'membunuh diri'.

Ular adalah haiwan berdarah sejuk, ini bermaksud ular tidak mampu mengawal suhu badannya sendiri. Lampu ataupun cahaya matahari diperlukan untuk memanaskan badan ular tetapi jika terlalu panas, ular akan mencari tempat untuk berteduh. Selalu terdengar orang terserempak ular di tempat-tempat yang 'sejuk' dan tersorok?

Ular paling berbisa didunia

Berkenaan dengan ular didalam video yang bakal anda lihat sebentar lagi, ia adalah ular peliharaan, bukan ular liar di hutan. Ular peliharaan kebiasaannya akan hidup sendirian, makanan juga bukannya boleh didapati pada bila-bila masa sepertimana dihutan dan ini juga merupakan salah satu punca kenapa ular peliharaan boleh 'memakan' dirinya sendiri.

Ular juga boleh menyerang dirinya sendiri ketika proses bertukar kulit dan juga apabila ia mempunyai masalah penglihatan, menyerang ekornya sendiri kerana menyangkakan ianya adalah mangsa.

Biasanya, apabila ular sudah mula menelan ekornya sendiri, agak sukar untuk menghentikannya tetapi jika anda memiliki ular peliharaan dan berdepan dengan situasi sebegini, tutup lampu akuariam/bekas simpan ular supaya kepanasan boleh dikurangkan dan percik air secukupnya untuk membantu ular menyejukkan diri sekaligus mengurangkan stress ular tadi.


Video direkod oleh seorang lelaki bernama Robert Mott didalam sebuah kedai haiwan peliharaan. Tatkala video ini dirakam, Robert mengatakan bahawa pemilik kedai tidak kelihatan tetapi dengan gelak ketawa yang anda boleh dengar dalam video ini menunjukkan Robert (dan mungkin yang lain) tidak langsung berusaha untuk membantu ular ini daripada terus 'membunuh diri'.

Bonus: Terdapat MITOS bahawa kelakuan aneh ular ini dikaitkan dengan OUROBOROS, dimana terdapat beberapa kepercayaan kuno bahawa ini adalah ritual melambangkan kitaran hidup untuk semua hidupan dimuka bumi.

Apa pendapat anda mengenai kejadian ini? Pernah terserempak? Ada cerita pelik yang lain? Kongsikan bersama...


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.