30 Disember, 2016

Petua Mengubati Perasaan Rindu Terhadap Seseorang


Berjauhan dengan orang yang kita sayang adalah perkara yang sukar, lebih lagi jika seseorang itu adalah kekasih ataupun isteri/suami anda. Perasaan rindu yang kuat kepada seseorang adalah perkara yang normal namun adalah juga teramat penting untuk menjaga kesihatan mental dan emosional anda.

Belajar untuk membiasakan diri dengan berjauhan daripada pasangan anda melibatkan beberapa langkah atau petua yang sama tanpa mengira berapa lamakah anda akan berjauhan dengan si dia.

Menyusun semula cara anda berfikir dan mengisi masa lapang dengan efektif adalah cara terbaik untuk masih merindui seseorang yang anda cintai/sayangi secara positif dan sihat. Jika anda merindui seseorang atas sebab kematian atau putus cinta, pelajarilah cara-cara untuk mengatasi kehilangan ini dan petua-petua yang saya akan tulis dibawah juga mungkin boleh membantu.


kerinduan

Luangkan lebih masa dengan keluarga atau kawan-kawan. Berkurung dirumah bersendirian mengharapkan pasangan anda untuk datang/kembali kepada anda tidak akan membantu anda berasa lebih tenang dengan ketiadaan mereka, dan juga mungkin akan membuatkan anda naik gila. Cuba anggap perpisahan ini sebagai peluang terbaik untuk anda berkumpul semula atau berjumpa dengan kawan-kawan lama. Boleh juga luangkan lebih masa dengan BFF anda, buktikan mereka juga penting didalam hidup anda.
  • Hubungi kawan-kawan dan ajak 'ngeteh' atau melepak.
  • Ajak beberapa kawan ke rumah dan masak makan malam bersama.
  • Buat rancangan untuk balik kampung berjumpa dengan atuk nenek.
  • Elakkan daripada berkurung dan bersembunyi daripada orang ramai/kawan. Ini cuma akan memburukkan lagi keadaan emosi anda.

jetski malaysia

Fokuskan masa anda lebih kepada hobi. Besar kemungkinan, ada hobi yang anda tidak dapat laksanakan kerana masa telah diluangkan untuk bersama dengan pasangan anda, ataupun aktiviti baru yang anda teringin nak buat tetapi tidak ada masa.
  • Daripada anda duduk termenung berseorangan dirumah, adalah lebih baik jika anda siapkan lukisan ataupun artikel yang anda ingin siapkan dari dulu lagi.
  • Belajar bahasa baru dengan menggunakan apps daripada Google Play Store.
  • Pilih dan baca buku - atau sambung kembali bacaan yang sudah sekian lama tertangguh.
  • Anda ada sukan yang anda minat tetapi sudah lama tidak buat? Inilah masanya.

perabot diperbuat daripada tayar kereta

Buat satu seni lukisan ataupun kraftangan untuk meraikan hubungan anda. Gunakan kelebihan ataupun skill unik anda untuk membuat sesuatu yang anda suka, ataupun cuba sesuatu yang baru! Buat lukisan yang melambangkan hubungan anda ataupun cuba buat tabung duit syiling daripada bahan buangan, mengingatkan anda untuk berjimat/kumpul duit untuk masuk meminang nanti :D
  • Buat satu lukisan kolaj mengandungi gambar-gambar yang anda sukai.
  • Bina perabot berasaskan bahan kitar-semula dan jika boleh, jual untuk mendapatkan keuntungan.
  • Apa-apa sahaja aktiviti yang boleh membuatkan diri anda sibuk (pastikan ianya bukan aktiviti yang memudaratkan).
barbeku diluar rumah
Tulis sajak, komik ataupun reka ceritera. Buat sesuatu perkara istimewa yang melambangkan keindahan hubungan anda itu tadi untuk dihantar kepada kekasih anda ataupun untuk dikongsikan bila anda berjumpa dengan si dia. Kerah tenaga anda sebaiknya untuk membuat sesuatu yang 'hebat' untuk ditunjukkan kepada si dia sebagai bukti betapa bermaknanya dia kepada anda.
  • Tulis sajak yang asli daripada hati anda sendiri di atas kertas istimewa dengan menggunakan pen yang unik, lebih elok lagi jika anda boleh reka sendiri corak kertas yang anda gunakan untuk sajak ini.
  • Buat satu buku ala-ala album gambar dimana anda menceritakan kisah bagaimana pertama kali anda berjumpa dengan si dia hingga akhirnya menjadi pasangan kekasih.
  • Apa-apa saja idea yang menarik/kreatif yang boleh membuatkan pasangan anda menghargai usaha anda ini tadi.

bola kampung

Alih perhatian anda dengan melakukan senaman. Bila-bila masa anda berasa sedih dan sukar untuk meneruskan aktiviti rutin anda kerana dibelenggu dengan perasaan rindu, keluar dari rumah dan pergilah lakukan aktiviti senaman. Menunggang basikal keliling padang ataupun 20minit masa yang diluangkan di gim akan membuatkan anda berasa lega. Bukan sahaja senaman terbukti mampu mengurangkan stress kita, ia juga mampu mengalih perhatian kita daripada berfikir tentang perkara-perkara negatif dan yang boleh mengganggu emosi.
  • Hanya dengan melakukan senaman intensif selama 5 minit mampu meningkatkan 'mood' anda, aktiviti senaman yang kerap dan rutin juga membantu mengurangkan stress untuk jangkamasa yang panjang.
  • Anggaplah senaman adalah 'ubat' untuk anda menghilangkan perasaan bercelaru, kerinduan dan juga untuk membolehkan anggota badan anda berfungsi dengan lebih baik (fit).
Lagi satu cara untuk merawat rindu tu adalah dengan tengok video sepanjang 2 minit dibawah ni, anda juga mungkin boleh cuba untuk buat perkara yang sama hanya kerana anda mahu mengalihkan perhatian anda tu :D



Kesimpulannya...






Carilah sesuatu yang positif dan bermanfaat yang boleh anda buat dikala anda berada dalam situasi seperti yang kita bincangkan diatas tadi. Disamping boleh mengurangkan perasaan rindu yang mampu mengganggu aktiviti harian anda, ianya juga boleh meningkatkan kadar produktiviti anda sendiri.

Kalau anda merindui si dia kerana jarak tempat kerja/tempat tinggal, suatu hari nanti anda akan dipertemukan juga dengan si dia dan semua yang anda buat di atas adalah sangat-sangat berbaloi.

Kalau anda merindui bekas kekasih pula, saya nasihatkan anda untuk 'move on'  kerana mungkin keputusan untuk memutuskan hubungan itu adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak dan hidup anda juga mungkin akan bertambah baik (berkenalan dengan yang lebih elok).

Senarai diatas yang saya buat tu hanyalah berdasarkan logik dan juga tidak komprehensif. Ada banyak lagi cara & petua berkesan yang boleh membantu anda secara emosional. Saya persilakan anda untuk berkongsi buah fikiran anda untuk tatapan pembaca lain, tinggalkan komen anda dibawah dengan input anda sendiri.

Terima kasih;

rindu taw!!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.