24 Januari, 2017

Rawatan Dan Kadar Caj Yang Dikenakan Di Klinik Kesihatan Kelana Jaya


Setiap hari klinik kerajaan sentiasa penuh dengan pesakit/pengunjung, ini kerana kos rawatan adalah murah jika dibandingkan dengan klinik swasta.

Saya ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk menghantar anak abang yang terkena jangkitan kulit. Sambil menunggu giliran, saya melilau menghiburkan diri sambil mencari sumber tulisan blog dan saya jumpa satu senarai jenis rawatan dan kadar caj yang dikenakan kepada pada pesakit tempatan dan juga warga asing. Ini adalah info yang amat berguna jadi saya senaraikan dibawah jenis-jenis rawatan dan caj yang terdapat di Klinik Kesihatan Kelana Jaya ini.


1) Pesakit Luar Am:
  • Warganegara - RM1.00 Termasuk segala siasatan.
  • Warga Asing - RM40.00 Tidak termasuk fi rawatan, fi ujian makmal, fi siasatan dan fi implan/prostesis.

2) Pesakit Luar Pakar:
  • Warganegara - PERCUMA Untuk kali pertama rujukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  • Warganegara - RM30.00 Untuk kali pertama rujukan oleh Pengamal Persendirian.
  • Warganegara - RM5.00 Untuk lawatan lanjutan.
  • Warga Asing - RM120.00 Tidak termasuk fi rawatan, fi ujian makmal, fi siasatan dan fi implan/prostesis.

3) Suntikan Tifoid:
  • Warganegara - RM20.00
  • Warga Asing - RM80.00

4) Suntikan Demam Kuning:
  • Warganegara - RM90.00
  • Warga Asing - RM300.00

5) Lain-Lain Imunisasi:
  • Warganegara - RM5.00 Untuk kanak-kanak umur pra-sekolah dikecualikan dari caj.
  • Warga Asing - RM40.00

6) Calitan Pap:
  • Warganegara - PERCUMA - Termasuk didalam Caj Pesakit Luar Am/Pakar.
  • Warga Asing - RM45.00 Tidak termasuk pendaftaran, perundingan, ubat, fi ujian makmal dan fi siasatan.

7) Perkhidmatan Bersalin:
  • Warganegara - PERCUMA - Termasuk didalam Caj Pesakit Luar Am/Pakar.
  • Warga Asing - RM200.00 Tidak termasuk fi ujian makmal dan fi siasatan.

8) Perkhidmatan Kesihatan Kanak-Kanak:
  • Warganegara - PERCUMA 
  • Warga Asing - RM40.00 Tidak termasuk fi ujian makmal dan fi siasatan.

9) Perkhidmatan Postnatal:
  • Warganegara - PERCUMA
  • Warga Asing - RM40.00 Tidak termasuk fi ujian makmal dan fi siasatan.

10) Rawatan Obstetrik & Ginekologi:
  • Warganegara - PERCUMA
  • Warga Asing - RM40.00 Tidak termasuk fi ujian makmal dan fi siasatan.

11) Nutrition Assessment:
  • Warganegara - PERCUMA - Termasuk didalam Caj Pesakit Luar Am/Pakar.
  • Warga Asing - RM70.00

Berikut adalah senarai rawatan/perkhidmatan dan caj yang dikenakan di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Untuk jenis perkhidmatan dan rawatan di Klinik Kerajaan di kawasan selain Kelana Jaya atau Selangor, anda boleh klik pada pautan Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Klik untuk ZOOM
Senarai diatas tadi adalah yang dipaparkan di kaunter Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Anda boleh klik pada gambar disebelah ini sebagai rujukan asal senarai rawatan dan caj yang telah anda tengok sebentar tadi.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi terus Klinik Kesihatan Kelana Jaya ini di nombor 03-7804 5001.

Alamat: 38294, Jalan SS6/3A, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Semoga maklumat ini membantu.



1 comments:

Write comments
Unknown
AUTHOR
21 Ogos 2017 7:23 PTG delete

Salam.. sy nak tanya.. caj2 yg dikenakan di atas tu untuk tahun ni ke?

Reply
avatar

Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.