28 Januari, 2017

MRT Mutiara Damansara Ke Pusat Bandar Damansara - Video Timelapse


Hari ni kebanyakan orang bercuti dan balik kampung untuk merayakan Tahun Baru Cina. Inilah masa yang paling saya suka untuk keluar bersiar-siar kerana kebanyakan tempat seperti kompleks beli belah 'sunyi' dan jalan raya kurang sesak.

Kali ini saya berhajat untuk cuba gunakan perkhidmatan MRT aliran Sungai Buloh-Kajang yang telah siap dan beroperasi semenjak sebulan lebih yang lalu. Rugi jugak kerana semasa perkhidmatan MRT ini baru dibuka, pihak pengurusan menawarkan perkhidmatannya secara percuma selama sebulan berakhir pada 17hb Januari yang lepas, nasib la.

MRT Mutiara Damansara ke Pusat Bandar Damansara

Saya naik di stesen MRT Mutiara Damansara dan berhenti di stesen Pusat Bandar Damansara. Tambang yang dikenakan ialah RM2.60. Bila masuk kedalam coach MRT tersebut, keadaan agak lengang dan saya dapat pilih kedudukan paling depan jadi ini adalah peluang yang paling baik untuk merakam video.

Berbekalkan kamera fon Sony yang uzur, saya merakam video sepanjang perjalanan dari stesen MRT Mutiara Damansara ke Pusat Bandar Damansara (PBD). Durasi video yang saya rakam ialah 7minit lebih tetapi setelah di-edit dengan menggunakan aplikasi Slow Motion Video FX, video ditambah kelajuannya sebanyak 5 kali ganda dan hasilnya ialah video timelapse sepanjang 1minit 40 saat seperti yang anda akan tonton dibawah ini.


Buat masa ini, perkhidmatan MRT aliran Sungai Buloh-Kajang masih belum siap sepenuhnya dan dijangka akan beroperasi secara menyeluruh pada penghujung tahun 2018 tetapi anda masih boleh menggunakan perkhidmatan ini yang sudah beroperasi bermula dari stesen pertama di Stesen Sungai Buloh hingga ke stesen MRT Semantan.

Jom guna pengangkutan awam untuk mengurangkan kadar kesesakan jalanraya @(=^.^=)@


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.