07 April, 2017

Aplikasi Whatsapp Bakal Menamatkan Servisnya Kepada Beberapa Platform Telefon Pintar


Whatsapp adalah aplikasi penghantaran mesej segera yang membolehkan pengguna peranti iPhone, Blackberry, Android, Windows Phone dan Nokia berkongsi teks, gambar, video dan juga fail audio secara percuma.


Namun pada 26hb Februari 2016, pihak pengurusan Whatsapp mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa aplikasi Whatsapp bakal menghentikan servis mereka kepada beberapa platform telefon pintar atas alasan platform-platform yang bakal saya senaraikan ini nanti tidak lagi mampu menampung sistem aplikasi Whatsapp yang kerap dikemas-kini.

Perkhidmatan Whatsapp bakal dihentikan sepenuhnya pada bulan Jun 2017 dan platform-platform yang terjejas adalah seperti berikut:
  • Blackberry OS dan Blackberry 10
  • Nokia S40
  • Nokia Symbian S60
  • Android 2.1 dan Android 2.2
  • Windows Phone 7
  • iPhone 3GS/iOS6
Whatsapp Bakal Menamatkan Perkhidmatannya Pada Platform Telefon Pintar Lama

Jadi jika anda berhasrat untuk membeli telefon terpakai, anda perlu mengambil kira jenis platform telefon yang bakal anda beli atas sebab yang telah saya kongsikan sebentar tadi. 

Bagi saya, berita ini agak mengecewakan kerana saya memang teringin hendak menggunakan kembali telefon Blackberry hanya kerana papan kekuncinya yang senang digunakan dan perkhidmatan e-mel yang terbaik. 

Whatsapp kini dimiliki oleh Facebook setelah pembeliannya dibuat pada tahun 2014 berjumlah USD19billion. (air liur meleleh)


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.