13 Oktober, 2017

Ibu Ini Ada Pesanan Penting Buat Anda Mengenai Bahayanya Pengecas HP Terbiar


Kanak-kanak jatuh, terluka, terhantuk dan sebagainya adalah perkara biasa yang dilalui dan ianya juga adalah proses pembelajaran. Tugas ibu bapa pula ialah cuba untuk mengelakkan daripada ianya berlaku tetapi kita hanyalah manusia biasa dan tidak mampu untuk menghalang nasib atau takdir. Sebaliknya, kita mampu untuk menjadi ibu bapa/penjaga yang peka dan kurang cuai.

Akibat kecuaian ibu meninggalkan anak bermain charger handphone

Ambil iktibar daripada insiden yang berlaku ke atas bayi perempuan yang bernama Gabby ini. Ibunya, Courtney Davis telah membiarkan pengecas telefon bimbit terpasang dan Gabby menemuinya. Seperti kebiasaan kebanyakan bayi, mereka akan meletakkan apa sahaja yang dijumpai kedalam mulut mereka.

Dibawah adalah terjemahan daripada penjelasan daripada Courtney tentang insiden ini dilaman Facebooknya.

Sebenarnya saya enggan menghebahkan perkara ini secara terbuka di FB tetapi setelah saya membuat postingan kedalam grup ibu-ibu, saya dapati ramai ibubapa tidak berfikir 2 kali tentang bahayanya meninggalkan pengecas HP terbiar terpasang begitu saja dan ada budak-budak/bayi berdekatan.
Pada 28hb September, bayi perempuan saya yang berumur 19 bulan telah memasukkan pengecas telefon yang terpasang kedalam mulutnya. Kami pergi menemui doktor yang mengesahkan bahawa kecederaan pada bayi saya adalah disebabkan oleh pembakaran elektrikal dan mereka tidak boleh berbuat apa kerana bayi saya boleh menjilat kawasan luka.
Ibubapa/penjaga/nenek atuk semua diluar sana, silalah letak pengecas telefon anda di tempat yang tinggi dan paling penting sekali, padamkan ia jika tidak digunakan.

Dibawah anda boleh saksikan sendiri gambar-gambar yang dikongsikan oleh Courtney buat pedoman ibubapa diluar sana.

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Kesian si Gabby sampai hangus mulutnya kerana kecuaian ibunya. Namun ada berita baik, Gabby sekarang sudah kembali pulih.


Jadikan insiden ini sebagai pengajaran buat kita semua agar tidak terlalu cuai dan membiarkan sahaja bayi bermain dengan alatan elektronik ataupun pengecas telefon yang terpasang.

Sebarkan agar perkara sebegini tidak berlaku kepada bayi malang.

Anda boleh ikuti perkembangan insiden ini melalui post Facebook Courney sendiri di sini.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.