18 Oktober, 2017

Kebaikan Membungkus Bagasi Di Lapangan Terbang


Perkhidmatan membalut atau membungkus bagasi anda di lapangan terbang telah pun diperkenalkan sejak sekian lama. Servis ini bukanlah semata-mata diatas dasar keuntungan berniaga sahaja tetapi ianya juga diperkenalkan kerana kes-kes kehilangan barangan peribadi penumpang yang semakin menjadi-jadi.


Khidmat balut beg di KLIA

Seperti yang viral di media sosial baru-baru ini dimana seorang pekerja lapangan terbang telah 'kantoi' sedang menyelongkar beberapa beg milik penumpang selepas memuatkannya kedalam badan pesawat. Cuba anda saksikan sendiri video dibawah ini sebagai bukti.


Sungguh jijik perbuatan lelaki tersebut dengan bertindak memecah amanah syarikat ditempat dia bekerja dan juga kepercayaan para penumpang dan pengguna di lapangan terbang tersebut dengan cuba mencuri barangan mereka.

Dengan harapan supaya tindakan undang-undang boleh diambil keatas pekerja ini tadi agar insiden yang sama tidak berulang.

Tetapi kita sebagai penumpang dan pengguna juga ada tanggungjawab dan peranan kita yang tersendiri.

Iaitu dengan tidak meng-kedekut-kan diri dan membalut/bungkus bagasi kita agar barangan peribadi kita lebih selamat dan juga dalam masa yang sama boleh membanteras kecurian.


Kos Membalut Bagasi Di KLIA2

Disini saya kongsikan dengan ringkas kos yang perlu anda bayar untuk keselamatan tambahan barangan didalam bagasi anda.

Harga balut TV di KLIA

Harga balut beg di KLIA

Kos untuk membungkus bagasi anda di KLIA bermula dengan hanya RM10 dan harga berlainan mengikut kepada jenis barangan yang ingin anda balut.

Pada masa tulisan ini dibuat, perkhidmatan membalut bagasi atau barangan peribadi anda yang lain di KLIA2 diselenggara oleh Excel Wrap & Go Wrapping & Strapping Services.

Jadi dengan tambahan sedikit lagi modal, kita boleh menjaga keselematan bagasi ataupun barangan kita yang lain daripada dicuri oleh kakitangan KLIA2 yang tidak amanah.

Terus-terang, memang sukar untuk pihak KLIA2 membasmi kegiatan ini secara langsung kerana penjenayah mempunyai pelbagai cara tersendiri untuk memuaskan nafsu dan tabiat mencuri mereka, jadi tinggal kita untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Selamat melancong!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.