18 Disember, 2017

Domain Murah - Penting Untuk Blogger/Webmaster Malaysia


Jika anda bercadang untuk membina laman web atau blog untuk kegunaan syarikat ataupun kegunaan peribadi, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan terlebih dahulu. Salah satu langkah pertama yang perlu anda ambil ialah dengan mendaftar domain names.

Domain names, lebih dikenali sebagai alamat Internet / alamat web: adalah sebaris perkataan yang anda taip kedalam browser Internet untuk menghala kepada website/blog yang tertentu. Ini biasanya bermula dengan www, dan diakhiri dengan .com, .org, .my, com.my, .net dan banyak lagi extension yang ditawarkan.

Bila anda membina website yang baru, anda perlu pastikan alamat laman web anda belum lagi didaftarkan oleh orang lain terlebih dahulu.

Buat website sendiri

Pertama sekali, periksa laman web yang anda berkenan dan lihat samaada ianya masih boleh didaftar ataupun sudah dibeli oleh orang lain. Jika sudah didaftarkan, tidak banyak yang anda boleh buat melainkan mencari alamat web yang berbeza. Ulangi langkah tadi sehingga anda memperolehi alamat laman web yang dikehendaki. Bila sudah jumpa, nasihat kami "Tunggu apa lagi, daftarlah!"

Pembekal domain names ini pula menyediakan perkhidmatan yang berbeza-beza dengan kadar yang berlainan - sama seperti syarikat telco, DiGi lain, Celcom lain, Maxis lain, Nasi Lemak lain....

Dibawah kami senaraikan 2 pembekal domain names khusus buat blogger/webmaster Malaysia (senarai ini mungkin akan bertambah dimasa akan datang)
  1. INTERNET-WEBHOSTING.COM
  2. EXABYTES.COM.MY
Selain daripada domain names murah, kedua-dua nama yang kami senaraikan diatas juga menawarkan perkhidmatan webhosting. Anda boleh usha perbezaan keduanya dimana bagi kami tidaklah banyak beza cuma mungkin ada sedikit kelainan yang mana hanya budi-bicara anda sendiri yang patut menentukan yang mana satu anda berkenan.

Sebelum kami mengakhiri artikel ini - sukacitanya kami mengucapkan tahniah kepada anda pembaca blog Atas Talian kerana telah berminat/membuat keputusan untuk membina laman web/blog anda sendiri tidak kira apapun tujuan ianya dibuat (jangan buat onar sudahlah...)

Kongsikan artikel ini kepada rakan taulan anda yang berhajat untuk memiliki laman web sendiri. Semoga berjaya.


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.