19 Mac, 2018

Apakah Ciri Manusia Yang Tidak Akan Berjaya Dalam Kehidupan?


Banyak cendiakawan telahpun menyumbangkan maklumat yang berguna berkenaan dengan persoalan ini justeru saya ingin memperjelaskannya dengan kaedah yang sedikit berbeza.

Jenis Orang Yang Gagal Dalam Kehidupan?

Berjaya Dalam Hidup

Pada suatu masa dahulu ada seorang tukang besi yang masyhur dengan kebolehannya membuat pedang.

Para askar, wira dan pejuang akan datang kepadanya untuk menempah pedang.

Para pembeli tadi akan dengan bangganya menunjukkan kejayaan ketenteraan dan pertempuran. Mereka kebiasaanya akan kembali daripada peperangan dengan kemenangan.

Disuatu hari yang tenang, tukang besi tadi didatangi oleh seorang pemuda dan berkata:

- Wahai tukang besi, buatkanlah pedang yang terbaik didunia untuk saya. Saya perlukannya untuk pergi berperang bersama-sama dengan Raja.

- Sudah tentu, jawab si tukang besi. Tetapi saya memerlukan 1 tahun untuk menyiapkannya.

- 1 tahun terlalu lama wahai tukang besi yang masyhur

- Kamu harus menunggu! Jika tidak, ianya bukanlah lagi pedang yang terbaik didunia.

Pemuda itu bersetuju untuk menunggu selama 1 tahun.

Pesan si tukang besi, "Sementara itu, kamu haruslah belajar seni berperang daripada guru yang hebat".

Setahun berlalu, pemuda itu kembali dan si tukang besi menyerahkan pedang yang telah siap kepadanya.

Semasa berperang, pemuda tadi menunjukkan kehebatannya bertarung dan berjaya menguasai kesemua lawannya.

Dia kembali bertemu si tukang besi untuk mengucapkan terima kasih kerana membuatkan pedang yang terbaik didunia.

Si tukang kayu berkata,

"Bukan pedang itu yang menang dalam pertempuran tetapi bakat dan kebolehan kamu bertarung. Kamu boleh menang dengan apa saja pedang lain juga. Saya sebenarnya hanya memerlukan 2 hari untuk menyiapkan pedang ini tetapi saya mahu kamu belajar kemahiran bertempur yang hebat, sebab itu; saya arahkan kamu untuk kembali mendapatkannya hanya selepas 1 tahun".


Orang Jenis Apakah Yang Tidak Akan Berjaya Dalam Kehidupan?

  • Mereka yang tidak tahu apakah yang mereka perlukan untuk berjaya.
  • Mereka yang gagal untuk mempelajari kemahiran yang sepatutnya, sebaliknya fokus kepada cubaan untuk menunjukkan kejayaan palsunya kepada orang lain.
  • Mereka yang seringkali berfikiran, jikalau aku kacak atau kalau aku kaya atau kalaulah aku tinggi atau kalaulah aku lahir didalam keluarga kaya tentunya aku akan jadi orang yang berjaya.
Moral daripada cerita diatas ialah - Sesiapa yang meluangkan masa untuk belajar dan tidak berputus asa walau apapun keadaannya, maka orang itu akan berjaya.

p/s: Artikel dipetik daripada sumber luar didalam bahasa asing dan diterjemahkan untuk tatapan pembaca tempatan.

SELAMAT BERUSAHA!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.