18 Mac, 2018

Cara Memadam Akaun Facebook Secara Kekal


Anda sudah bosan dengan Facebook dan ingin menghapuskan akaun Facebook anda secara kekal? Disini saya kongsikan dengan anda langkah yang perlu anda ambil. Tetapi sebelum anda memadam kesemuanya, tentu ada gambar atau video atau apa saja bentuk media/dokumen yang telah anda kongsikan di Facebook sebelum ini yang anda ingin simpan.

Jadi sebelum anda menekan butang "Padam Facebook Untuk Selamanya" nanti, pastikan anda ikuti langkah dibawah untuk memuat-turun kesemua maklumat Facebook anda.

1- Login akaun Facebook
2- Klik butang atas sekali disebelah kanan (tetapan)
3- Didalam 'Tetapan Akaun Umum', klik pada pautan dibawah sekali (Muat turun salinan)
4- Muat Turun Maklumat Anda - ada satu butang berwarna hijau bertulis 'Start My Archive'. Klik kemudian ikuti langkah seterusnya.

Langkah tadi memakan masa hanya beberapa minit, pihak Facebook kemudian akan menghantar emel kepada anda bersama dengan pautan sebagai langkah terakhir sebelum memuat-turun kesemua maklumat anda di Facebook. Pastikan anda memeriksa emel yang anda gunakan untuk berdaftar dengan Facebook dulu.

Untuk keselamatan maklumat yang anda muat-turun tadi, pautan yang dihantar oleh pihak Facebook tadi hanya sah digunakan untuk beberapa hari sahaja jadi anda perlu memeriksa emel anda dan klik pada pautan yang disertakan.

OKAY - gambar zaman muda zaman nakal rambut belah tengah seluar sapu lantai video awek/pakwe lama sudahpun selamat dimuat-turun kedalam komputer, jadi kita akan ke langkah seterusnya iaitu:

Cara Delete Facebook

Hapus Akaun Facebook Secara Kekal

Anda pastinya ada sebab tertentu untuk berhenti menggunakan Facebook secara kekal tetapi itu bukanlah motif postingan kali ini jadi kita terus saja dengan cara untuk membebaskan diri daripada kekangan ketagihan media sosial terutamanya Facebook dan kembali fokus dengan kehidupan nyata tanpa perlu menagih simpati atau pujian alam maya.

Pertama sekali anda perlu login lah kedalam Facebook kannn...

2- Klik pada pautan ini <- kerana Facebook tidak menyediakannya dalam menu tetapan. Facebook sedih bila pengguna berhasrat untuk meninggalkannya secara kekal.

3- Klik pada butang berwarna biru 'Hapus Akaun Saya'

4- Anda akan diminta untuk memasukkan katakunci bersamaan dengan kod keselamatan sebelum keputusan muktamad dibuat.

5- Selesai!

Anda diberikan tempoh selama 14 hari untuk menukar fikiran sekiranya anda ingin membatalkan niat menghapuskan akaun Facebook anda tadi. Caranya ialah dengan login semula, itu sahaja tetapi setelah tempoh 14 hari tadi tamat - akaun Facebook anda sudahpun dilupuskan daripada Facebook dan anda tidak lagi boleh login menggunakan emel/nombor telefon dan katakunci yang asal.

Selamat Membebaskan Minda!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.