20 Mac, 2018

Individu Paling Malang Dan Juga Yang Paling Bertuah - FRANO SELAK


Lelaki paling Malang

Pada tahun 1962, seorang lelaki yang bernama Frano Selak sedang dalam perjalanan menaiki keretapi apabila ianya tersasar daripada landasan dan terbabas ke sebuah sungai yang diliputi ais. 17 orang mati kecuali Frano. Dia cuma mengalami patah tangan, dan hypothermia.

Setahun kemudian, Frano berdepan dengan situasi hidup atau mati buat kali ke-2. Ianya adalah penerbangan pertama yang dinaiki Frano apabila sebahagian struktur pesawat gagal lalu terdedah kemudian Frano tercampak keluar dibawa angin. 19 orang mati kecuali Frano - dia 'mendarat' diatas tumpukan jerami.

Tahun 1966, Frano Selak sedang berada didalam sebuah bas malang yang terjatuh kedalam sungai. 4 orang cedera parah akibat kemalangan tersebut lalu lemas - Frano berjaya berenang ke daratan dengan hanya luka ringan.

Anda mungkin berfikir nasib malang Frano berakhir disitu tetapi pada tahun 1970, semasa Frano sedang memandu - keretanya terbakar. Dalam saat-saat akhir, Frano berjaya keluar daripada kereta sebelum ianya meletup. Frano berhasil mengelak daripada dijemput malaikat maut BUAT KALI KE-4.

Selepas 3 tahun yang tenang, sekali lagi penggunaan pengangkutan/kenderaan tidak menyebelahi dia. Semasa memandu, pompa bahan bakar keretanya gagal dan petrol tersembur keseluruh bahagian enjin menyebabkan kebakaran. Lebih teruk, api telah memasuki saluran udara kabin kereta. Namun Frano terselamat cuma rambutnya sahaja dijilat api.

Pada tahun 1995, lelaki malang ini dilanggar sebuah bas tetapi dia hanya mengalami luka-luka ringan.

Akhir sekali, dalam tahun 1996, sebuah trak telah melanggarnya apabila dia sedang memandu dikawasan bergunung. Terbabas, Frano dan keretanya terjunam kedalam gaung sedalam 300 kaki tetapi pada saat akhir, Frano terjun keluar daripada kereta dan mendarat diatas sebatang pokok lalu terselamat. Keretanya pula meletup tidak lama selepas itu - HERO kita berjaya lagi!!

Selepas beberapa tragedi hampir-mati semua itu tadi, akhirnya nasib Frano berubah - Dia menang loteri sejumlah 600,000 Euro bersamaan dengan hampir RM3juta pada perkahwinannya yang ke-5!

Individu ini bolehlah dikatakan sebagai lelaki yang paling malang dan juga yang paling bertuah dalam hidupnya.

Ada 2 video dibawah yang menggambarkan kisah Frano Selak.
Video 1 - Animasi tragedi dan tuah yang dialami Frano.
Video 2 - Frano Selak menceritakan sendiri pengalamannya tetapi kali ini ditaja khas oleh DORITOS.



p/s - Boleh tak kalau saya 'skip' yang malang dan terus jadi bertuah? Maksud saya dapat duit berguni dan kahwin 5 kali tu (tanpa cerai). #smirk


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.