07 April, 2018

Manusia Dan Egonya - Cerita Pendek Buat Renungan



hidup orang kaya

Emy, seorang wanita berkerjaya berumur 25tahun pergi ke sebuah pasar untuk membeli telur.

Mendekati seorang pakcik tua yang menjual telur, Emy bertanya "Berapa harga telur ni sebiji, pakcik?"

"30sen sebiji, nak" jawab si pakcik tua sambil membetulkan postur duduknya.

Emy menawar "Saya akan beli 10 biji dengan harga 25sen sebiji, kalau pakcik tak setuju saya tak nak beli!"

"Oklah nak, ambillah 10 biji dengan harga 25sen satu jika itu yang anak mahukan. Mungkin ini adalah satu permulaan yang baik kerana pakcik pun dari pagi tadi memang tak ada pelanggan yang singgah membeli" balas pakcik peniaga dengan nada rela.

Selesai membayar jumlah yang dipersetujui, Emy berlalu pergi dengan perasaan bangga kerana dia berjaya mendapatkan harga yang lebih murah. Kagum dengan dirinya sendiri kerana tawarannya tidak ditolak.

"Berjaya jugak aku dapatkan harga yang lebih murah untuk telur ni" bisik Emy kepada dirinya sendiri.

Emy meletakkan barang belian kedalam but kereta mewahnya dan bersedia untuk pergi ke destinasi seterusnya, iaitu rancangan untuk berjumpa dengan teman-teman di sebuah restoran terkenal.

Sesudah mendapatkan tempat duduk, Emy dan teman-temannya memesan apa saja makanan yang mereka kehendaki. Mereka makan sedikit saja kerana sibuk berbual dan makanan tidak habis dimakan.

Tiba masa untuk pulang.

Salah seorang teman Emy memanggil pelayan restoran untuk membuat pembayaran.

Pelayan restoran tiba lalu menunjukkan bil makanan yang berjumlah RM140 kesemuanya.

Dengan cepat Emy mengeluarkan 3 keping not RM50 kepada pelayan tadi, dan berkata kepada temannya "Sokay gurls, malam ni I belanja k"

Kemudian Emy berkata pula kepada si pelayan "Awak simpanlah bakinya ya, tips"

Ini adalah perkara biasa buat Emy, apalah sangat belanja kawan dan tinggalkan tips untuk pelayan restoran.

Perasaan bangga itu yang Emy suka, teman-teman memujinya kerana belanja makan, pelayan restoran senyum lebar terima tips. Emy pulang kerumah dengan rasa puas hati dek kerana pujian yang diterima.

Sekian.

Anda yang membaca cerita pendek diatas tadi, apakah pendapat anda tentang perkara yang telah terjadi?

Maksud saya - Kenapa kita selalu ingin menunjukkan kuasa bila membeli daripada yang memerlukan, tetapi bermurah hati pula kepada mereka yang tidak perlukan pertolongan?

Saya pernah terbaca satu cerita:

Jika ayah saya ingin membeli sesuatu barangan keperluan dapur daripada peniaga miskin, dia akan membayar jumlah yang lebih tinggi daripada yang dipinta peniaga. Saya yang hairan dengan tindakan ayah saya ini bertanya kenapa dia berbuat begitu. Ayah saya jawab "Ianya adalah salah satu bentuk kebajikan diselit dengan sedikit jatidiri, wahai anakku"


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.